Pengikut

Jumaat, Julai 03, 2009

Kalau Cacat Begini?

Tetap gembira walaupun tanpa tangan, kaki


NICK VUJICIC melompat ke dalam kolam renang di Melbourne baru-baru ini.


MELBOURNE - Keadaan Nick Vujicic yang lahir tanpa tangan dan kaki sangat mengerikan malah ibu bapanya sendiri tidak sanggup melihatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa Vujicic muntah sebaik keluar dari bilik bersalin manakala ibunya tidak memegangnya sehingga dia berumur empat bulan.

Vujicic mengalami tekanan perasaan malah dia pernah cuba melemaskan diri dalam bilik air ketika berumur 10 tahun kerana tidak tahan diejek dan dibuli di sekolah.

Namun Vujicic yang kini berumur 26 tahun menikmati setiap perkara yang dilakukannya seperti bermain bola sepak, berenang, meluncur air dan bermain golf.

"Saya boleh berenang kerana 80 peratus badan saya ialah paru-paru. Saya memiliki satu kaki kecil yang membolehkan saya bergerak dan berenang," kata Vujicic.

Katanya, dia mendapat inspirasi setelah membaca satu artikel mengenai seorang lelaki cacat yang berupaya mencapai apa yang dikehendakinya.

Graduan ijazah Pengurusan Kewangan dan Hartanah itu kini sudah mengembara ke 24 negara dan memberi motivasi kepada lebih 100,000 peserta.

Vujicic yang menerima Anugerah Warga Muda Australia pada 1990 mendakwa dia sudah mempunyai teman wanita tetapi berhasrat untuk mengekalkan status teruna sehingga dia berkahwin kelak. - Agensi Klik di sini

Komen sikit:-

Adakah Nick Vujicic yang lahir tanpa tangan dan kaki, juga melakukan perlakuan semacam hamba Allah dari Kuala Terengganu yang cuma tangan kirinya cacat, matanya juling dan tempang seperti yang dilaporkan? Sebab Nick Vujicic lebih terdedah dengan perempuan-perempuan berbikini dan tentunya seksi-seksi ketika berlatih di kolam renang setiap hari.

Tolong baca dan khabarkan kepada Hamba Allah di Kuala Terengganu, atau kepada sesiapa saya OKU yang mungkin berhasra membuat kerja terkutuk itu.

Khamis, Julai 02, 2009

Masya Allah!

Wanita mengadu diraba OKU

KUALA TERENGGANU: Tangan kirinya cacat, matanya juling dan dia juga tempang tetapi kecacatan lelaki ini bukan satu penghalang untuk dia mencabul kehormatan seorang wanita yang bersimpati dengan keadaannya.

Dalam kejadian di sebuah kedai kain di Bukit Payong pada 5 petang Ahad lalu, lelaki berusia dalam 40an itu, didakwa meraba wanita berusia 23 tahun itu walaupun selepas wanita itu memberikannya derma, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan.

"Lelaki itu membawa kad bukti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kecacatannya dan kerana bersimpati, wanita itu memberi derma RM5 dan sanggup pula duduk berhampirannya untuk bersembang," katanya di sini hari ini.

Dipetik dari sini!

Sekilas pandangan:-


Syukur kerana Allah SWT menjadikan manusia ini sebagai OKU. Hanya kecacatan yang boleh dianggap kecil. Cuma tangan kirinya cacat dan matanya juling. Dia juga tempang. Seandainya dia dilahirkan tidak cacat, mungkin bukan setakat itu saja nafsu buasnya bermaharalela. Entah berapa ramai wanita yang akan menjadi mangsa nafsu serakahnya.

Dia seharusnya turut bersyukur dan bermuhasabah diri. Tuhan masih sayang padanya dan Tuhan tidak mencacatkan seluruh anggota tubuhnya. Andaikan dia tidak berkaki, tidak bertangan? Atau kedua-dua biji matanya buta? Kerana sesungguhnya Allah SWT berkuasa melakukan begitu.

Ajak dan ajarkanlah manusia ini bertaubat. Nasihatkan dia untuk melepas nafsu kepada yang sah dan halal mengikut syariat. Cacat tidak pernah menghalang haknya untuk bertemu jodoh. Tolonglah dia!


Rabu, Julai 01, 2009

Kalau semua gadis macam ni....

Oleh Khairiatul Nabila Koderat
bhnews@bharian.com.my


HUDA menunjuk kecederaan lutut selepas bergelut dengan peragut di Jalan Putra, Alor Setar, kelmarin.

Huda lompat atas badan, cekik suspek

ALOR SETAR: Seorang gadis bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal dinaiki lelaki yang meragut beg tangannya di Jalan Putra di sini, menyebabkan suspek terjatuh sebelum mangsa melompat ke atasnya dan mencekiknya sebelum ditahan orang ramai, malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 9.50 malam ketika Huda Nasuha Hassan, 22, sedang menunggang motosikalnya bersendirian untuk pulang ke rumah di Taman Rakyat, Mergong di sini, selepas tamat bekerja di sebuah pusat beli belah di sini.

Huda Nasuha berkata, apabila tiba di tempat kejadian, seorang lelaki bermotosikal memintas dan merentap beg tangannya yang diletakkan dalam raga motosikal sebelum memecut melarikan diri.

"Pada mulanya saya tergamam dengan kejadian itu, tetapi nekad mengejarnya dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikal lelaki berkenaan apabila dia terperangkap dalam kesesakan di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut.

"Akibat perlanggaran itu kami terjatuh dan saya yang berbaju kurung melompat ke atas badan suspek dan mencekiknya.

"Melihat keadaan itu orang ramai datang membantu menahan suspek," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Huda Nasuha berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan kerana kakinya cedera dihempap motosikal.

"Suspek juga merayu supaya dilepaskan selepas memulangkan beg tangan yang diragut, tetapi saya nekad mahu menyerahkannya kepada polis," katanya.

Huda Nasuha berkata, dia sanggup bertindak berani mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit kerana terlalu geram dengan perbuatan lelaki terbabit.

"Malah, tindakan itu juga didorong perasaan terlalu bencikan peragut kerana angkara mereka menyebabkan seorang rakan karib saya mati, tahun lalu,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Komen sikit:-

Huda Nasuha ni memag segak. Ada rupa. Anak dara pulak lagi. Tenguk air muka nampak ok la. Tapi kalau sapa-sapa yang teringin nak melamar Si Huda ni buat bini, kena beringat sikit. Kena fikir panjang.

Kalau buat silap, siap badan. Dia boleh loncoq keluar bilik. Kalau takat dia celapak atau kalih naik atas badan kira ok lagi. Tapi kalau hinggap penendang dia.... atau kena penumbuk dia ka.... nahas!

Kena gigi, gigi berterabur. Kena telinga, bengang sebulan. Kenang hidung, terpelancut habis tahi hidung.

Tahniah Huda Nasuha!