Pengikut

Sabtu, Oktober 10, 2009

Nasha Aziz diperintah bayar bapa RM10,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas.

Bagaimanapun, Nasha hadir hari ini ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu Rashid Mokhtar.

Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga.

Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.

Hakim Abdul Wahab berkata mahkamah menerima pernyataan tuntutan Abdul Aziz bahawa akibat perkataan itu, Abdul Aziz telah dipandang rendah dan dikatakan berbohong bahawa Nasha itu adalah anak kandungnya.

Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir di mahkamah, mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.

Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk "Jangan tanya hal peribadi", dalam keluaran akhbar bertarikh 24 Okt, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya.

Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia. Sambungan

Komen ringkas:

Seorang 'manusia' hanya mempunyai seorang saja ibu kandung dan juga seorang saja bapa kandung!

Jumaat, Oktober 02, 2009

Apa Lagi Warisan Malaysia?

UNESCO Akui Batik Milik Indonesia
Luhur Hertanto - detikNews

Bogor - Akhirnya dunia mengakui batik merupakan salah satu warisan umat manusia yang dihasilkan oleh bangsa Indonesia. Pengakuan serta penghargaan itu akan disampaikan secara resmi oleh United Nations Educational, Scientific, and Culture Organization (UNESCO).

"Pengakuannya pada 28 September nanti dan penghargaan resmi pada 2 Oktober di Abu Dhabi," kata Menko Kesra Aburizal Bakrie di Istana Bogor, Senin (7/9/2009).

Menurutnya, pengakuan UNESCO itu diberikan terutama karena penilaian terhadap keragaman motif batik yang penuh makna filosofi mendalam. Di samping itu pemerintah dan rakyat Indonesia juga dinilai telah melakukan berbagai langkah nyata untuk lindungi dan melestarikan warisan budaya itu secara turun menurun.

Atas perkembangan ini Presiden SBY menyambut baik kabar tersebut. Sebagai bentuk apresiasi baik terhadap batik dan penghargaan UNESCO itu, Presiden SBY meminta seluruh warga negara mengenakan batik pada 2 Oktober 2009.

"Orang lain bisa saja klaim batik, tapi dunia tahu kalau batik adalah milik Indonesia," tambah Menbudpar Jero Wacik pada kesempatan sama.

Lebih lanjut dikatakannya pemerintah terus memperjuangkan pengakuan atas karya budaya lain bangsa Indonesia. Sekarang ini yang tengah diperjuangkan adalah musik kulintang, naskah Negara Kertagama versi Majapahit dan epos La Galigo asal Bugis.

Katakan......

Kain songket juga diakui sebagai warisan Indonesia kerana di Indonesia lebih banyak terdapat perusahaan songket seperti di Palembang, Jambi, Bengkulu, Aceh dll tempat.

Tengkolok atau dastar juga diakui sebagai warisan Indonesia kerana masih ramai penduduk Indonesia yang memakainya hingga sekarang.

Baju Melayu pun diakui sebagai warisan Singapura kerana asalnya dipanggil baju Telok Belanga (nama tempat di Singapura).

Pantun juga diakui sebagai warisan Indonesia kerana banyak tempat di Indonesia terdapat dalam pantun seperti Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga .

Keris pun diakui sebagai warisan Indonesia kerana keris-keris terkenal berasal dari Indonesia seperti Keris Taming Sari, Keris Sempena Riau.

Sate juga diakui sebagai warisan Indonesia kerana sate juga terdapat di Indonesia.

Silat juga diakui sebagai warisan Indonesia kerana silat lebih banyak terdapat di Indonesia.

Dikir barat(dipanggil dikir ulu atau dikir laba di Thailand), menora , wayang kulit , wau atau layang-layang pula diakui sebagai warisan Thailand kerana banyak terdapat di Thailand.

Rotai canai dan martabak, gulai atau kari pula diakui sebagai warisan India kerana makanan ini terdapat di beberapa tempat di Bahagian Malabar, India.


Nasi dagang, nasi kerabu, ketupat, lemang, roti jala, cucur atap, peneram pula diakui sebagai warisan Thailand kerana di Thailand juga banyak kedapatan.

Apa lagi yang tinggal menjadi warisan Malaysia?

Isnin, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Agama dipatuhi budaya diikuti.