Syukur Alhamdulillah. Bangun pagi tadi, jantung masih berdenyut. Anggota badan semua boleh bergerak. Syukur! Syukur Alhamdulillah!
Ada teman-teman bila bangun pagi, tangan tidak boleh diangkat. Atau kaki tak dapat bergerak. Ada yang bibir mulut tidak dapat dibuka untuk bercakap. Ada langsung yang tidak dapat bangun, terpaksa panggil anak-bini toloh papah berjalan. Malah ada yang tak dapat bangun-bangun, anggota badan tak dapat bergerak, terkujur atas tilam. Cuma mata terkebil-kebil. Hendak bersuara, lidah jaki kaku dan keras.
Syukur! Syukur Alhamdulillah kerana Tuhan masih sayang dan sanggup lagi sambung bagi nyawa dan anugerahkan kesihatan yang baik pada aku. Alhamdulillah!
5 tahun yang lalu
1 ulasan:
Nak bagi tau kat Abang Dun, Tuan Syed Mahadzir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru 2009 Peringkat Negeri Kedah sempena Hari Guru baru-baru ini.
Tahniah untuk Sdr Syed Mahadzir Syed Omar
Catat Ulasan
Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.