Penyimpan Mohor Raja-Raja telah mengisyhtiharkan bahawa 1hb Ramadhan 1431 Hijrah adalah pada hari Sabtu bersamaan 22hb Julai 2009. Esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Malam ini bolehlah diadakan sembahyang tarawikh selepas sembahyang Isya'. Malam pertama dan minggu pertama puasa, serata masjid dan surau akan penuh melimpah ruah. Setengah jemaah terperosok dan tertampan dinding. Kadang-kadang sampai habis sejadah.
Kereta motor berselerak, melimpah hingga terkeluar laman. Kasut berguni-guni bercelamur tepi tangga. Air kolah susut separuh. Surau dan masjid yang selama ini suram dan malap, jadi terang-menerang. Di setengah masjid, jemaah tarawikh lebih ramai dari sembahyang Jumaat. Maklumlah, sembahyang Jumaat untuk lelaki saja. Solat terawikh campur lelaki dan perempuan. Itu yang jadi ramai.
Itu suasana malam pertama dan minggu pertama puasa. Lepas tu.... hari-hari berikutnya, kedaaan dan suasana semakin berubah. Jemaah koi pelan kurang dan semakin luak. Lagi penghujung puasa, lagi ketara susutnya. Kadang-kadang tinggal Tok Imam dengan Tok Siak serta Tok Bilal. Campur lagi beberapa jemaah yang lambat nak bergerak dan payah nak bangkit. Kalau imam baca surah panjang, mulalah badan rasa nak meloyong. Rukuk lebih sikit dah rasa nak tersembam. Kalau sujud lama-lama dah mata pula jadi berbinau.
Walaupun yang tak boleh berdiri atau duduk lama-lama pasai sakit lutut dan lenguh sendi, inilah jemaah yang taat dan setia menghidupkan sembahyang tarawakih. Kalau ada yang muda-muda, boleh dikira dengan jari. Kalau sembahyang jugak, habis 8 rakaat dah cunggit. Alhamdulillah pasai buat jugak.
Aku cerita pihai apa yang berlaku di tempat aku . (Tempat lain mungkin tak berlaku kot!) Di tempat aku mokalu awal puasa memang macam tu, ramai pulun pi sembahyang tarawikh. Hujung puasa, koi pelan kurang. Depa pulun buat benda lain. Lagi hujung lagi mencurus. Sepatutnya awal puasa kurang. Makin hujung makin ramai. Aku tak tau depa belajar tang mana dan kat Tok Guru mana. Aku tak tau depa rujuk hadis dan nas mana.
Kalau mengikut apa yang aku belajar dulu, Tok Guru kata ganjaran pahala paling tinggi akan diberikan kepada sesiapa yang beribadat (atau beriktikaf) pada 10 malam terakhir Ramadhan. Juga dikatakan Lailatul Qadar (malam yang lebih mulia dari 1,000 bulan) juga berlaku di akhir-akhir Ramadahan, terutama malam-malam yang ganjil.
Boleh dak puasa tahun ni, kita ubah supaya sembahyang tarawikh sampai penghujung puasa?

2 ulasan:
Situasi tu rasanya sama je kat mana2 pun..bila dah pertengahan dan menghala ke hujung...akan mula susut nilai..heee
Maklumlah sebok dgn kain langsir dan ketupat dan lemang kot...hmmm
Posa jadi adat je lah kalau lagu tu...
Lebih2 lagi kalau yg dok merempat lagu kami ni..bila dengar lagu PRamli..tu yg dok kira nak balik kg cepat je tu..
ala cucu tok derga pun..kan sibuk membeli baju raya, buat baju raya, cat ghumah, niaga lemang..tapi mana kita tau..mungkin ramai yg buat kat rumah saja kot..
Catat Ulasan
Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.