Pengikut

Jumaat, Ogos 28, 2009

PIHAI (PERIHAL) PUASA : TARAWIKH EKSPRES

Bercakap pihai (perihal) puasa ni, mesti teringat sembahyang tarawikh. Masa kecik-kecik dulu, ada kawan-kawan yang nakal sebut sembahyang tawarikh. (Tawarikh ialah subjek sejarah) Maklumlah, bunyi hampir sama. Kadang-kadang tersalah sebut juga. Sembahyang tarawikh amat sinonim dengan puasa pasai tarawikh hanya boleh dibuat dalam bulan puasa saja.

Sembahyang tarawikh hukumnya hanya sunat. Tapi sunat muaakad iaitu sunat yang dituntut. Kebanyakan masjid dan surau melakukan sembahyang tarawikh 20 rakaat. Namun ada juga yang melakukannya 8 rakaat. (Ih macam bagi kuliah agama pulak - maaf no!)

Kita tak payahlah nak bertekak sampai kering rengkung, berbincang atau berbahas (jauh sekali untuk mempertikai) mengenai jumlah rakaat sembahyang tarawikh. Itu kerja orang lain. Depa lebih alim. Kita ikut saja. Macam aku sebut tadi, di negara kita kebanyakan masjid dan surau melakukan sembahyang tarawikh 20 rakaat.

Kalau alim ulama yang berbahas pasai jumlah rakaat sembahyang tarawikh, aku tak kisah memang itu bidang depa. Tapi yang aku dok mengkelan, pasai yang dok berbahas tu antara orang rajin sembahyang dengan orang tak rajin sembahyang. Hak rajin sembahyang memang tak dak masalah. Berapa rakaat pun tak kisah. Cuma yang jadi masalah bagi yang tak rajin sembahyang tapi nak sembahyang juga.

Ada seorang kawan aku, sanggup pi surau agak jauh pasai imam surau tu buat tarawikh ekspres. Katanya, tak dan setengah jam dah selesai. Aku tak mau komen sebab memang ada berlaku macam tu. Bukan sembahyang tarawikh saja, sembahyang lain pun ada lagu tu!

Bagi aku, nak sembahyang 20 rakaat ka, 8 rakaat ka, bukan masalah. Yang masalah, kalau tak sembahyang! Kalau nak sembahyang, buatlah yang terbaik serta penuh keikhlasan dan keredhaan agar sembahyang kita diterima Allah SWT.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.