Aku masih buat posting pasai puasa. Mungkin ada pembaca bila tenguk tajuknya pun, dah naik melugai, tak teringin nak baca. Depa sangka ini ruangan kuliah atau ceramah agama. Memang tulisan aku menyentuh bab agama tapi bukan kuliah atau ceramah pasai aku ni bukan ustaz atau orang alim. Aku tulis perihal (pihai) puasa dari pandangan aku. Jahil-jahil aku pun, masa kecik dulu masuk pondok juga. Pi ziarah Tok aku yang dok di pondok!
Kali ni pasai berbuka puasa, iaitu antara detik dan ketika yang menyeronokkan dalam puasa. Depa kata, berbuka puasa dulu-dulu lebih seronok dari sekarang. Sebenarnya dulu dan sekarang lebih kurang sama saja. Yang seronok ialah kenangan-kenangan dulu yang dilalui semasa berbuka puasa!
Setengah orang menyediakan menu berbuka agak ringkas dan sederhana, sama seperti hari-hari biasa. Setengahnya pula, menu berbuka lebih banyak dan lebih hebat dari hari-hari biasa. Ada pula yang sebelah petangnya mengatur gerai di Pasar Ramadahan memborong pelbagai juadah berbuka. Bila dihidang penuh satu meja dan kadang-kadang terpaksa ditambah meja kecil di sisi.
Tapi bila berbuka, sedikit sangat yang dijamah. Bila bergelas air masuk ke kerengkung, yang lain nampak tak berselera lagi. Konon nak makan lepas tarawikh. Balik tarawikh pun tak disentuh langsung. Akhirnya siang besok, segala sisa menjadi rezeki ayam itek. Kalau tiada ayam itek, tong sampahlah destinasi pilihan.
Tiap-tiap orang mempunyai kelainan cara berbuka puasa. Ada yang memulakan berbuka puasa dengan minum. Ada yang makan buah kurma atau tamar. Ada yang mula dengan makan kuih-kuih. Ada yang terus makan nasi. Ada yang makan nasi, makan kuih-muih dan apa-apa saja juadah yang ada.
Ada yang lepas makan, terus bersembahyang maghrib. Ada yang kerana banyak makan, sembahyang maghrib pun dilakukan hampir-hampir masuk waktu isya. Yang lebih teruk, lepas berbuka langsung tak sembahyang. Perut cekang merening jadi macam ular sawa kenyang. Terbeliak ke atas dan nampak mata putih lebih banyak dari hitam.
Mengikut sunah, sebaiknya kita mulai dengan memakan tamar atau kurma dan menghirup sedikit air. Lalu kemudiannya kita terus bersembahyang maghrib. Ada banyak kebaikan dan kelebihan jika diamalkan mengikut sunah. Kaedahnya lebih sopan dan tertib. Amalan memakan kurma memang diakui dapat memberi energi atau tenaga. Dari segi lain, apabila seharian perut kita kosong, sebaiknya beransur-ansur diisi makanan atau minuman.
Semakin dewasa hidup kita, wajarnya semakin matang kita mengerjakan ibadat. Biar apapun pekerjaan sepatutnya kita dituntut oleh Islam supaya bersederhana. Tanyalah diri, apakah kita berbuka puasa untuk melayan nafsu makan setelah seharian berlapar dahaga? Ataukah kita berbuka kerana kita menunaikan ibadah dan untuk mendapat keredhaan Allah SWT?

0 ulasan:
Catat Ulasan
Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.