Pengikut

Isnin, Jun 01, 2009

Dulu lain, la ni lain

Teringat sajak (puisi) Syed Mahadzir, orang Kampung Barokhas, Kuala Nerang yang tajuknya kalau aku tak silap, "Dulu dan la ni!". Tak kering gusi, nak tergelak bila dengar Syed Mahadzir baca sajak tu kat Radio Alor Setar. Dia baca dengan gaya/dialek Kuala Nerang... puhhh cukup kauuuuu!

Pejam mata, kemudian celik pula... rasa memang betul apa yang Syed Mahadzir kata. Dulu lain.... la ni lain. Ambil apa pun buat contoh. Kemudian banding dulu dengan la ni... memang berlain. Betullah semua makhluk Allah ini bersifat "baharu". Apa juga yang bersifat baharu kena berubah.

Berubah ni pun ada macam cara dan gaya. Ada perkara yang kita boleh ubah sendiri. Ada yang orang lain kena bantu kita berubah. Tapi kena tenguk dulu perkara dan benda apa yang nak kita ubah. Kalau perkara hak luar atau zahir, mungkin orang lain boleh bantu ubah. Tapi kalau kalau hak dalam hati perut, hak dalam kepala otak, kita sendiri yang kena ubah. Apa pun yang afdhalnya kena ubah sendiri pasai ini yang boleh bagi kita selesa. Kalau bagi orang lain ubah.... sakit. Silap gaya depa bukan ubah, tapi depa kalih terus. Ini yang bahaya. Jadi sebelum orang ubah kita, baik kita ubah diri kita sendiri.

La ni semua kalut nak berubah. Kalau dulu banyak main, tapi kurang buat kerja. La ni nak kena ubah bagi banyak kerja, kurang main. Kalau dulu banyak bercakap, kerja kurang. La ni kena kerja banyak, bercakap pula kurang. Kalau dulu belanja mewah, la ni nak kena kurang sikit. Kalau dulu selalu dok atas, la ni depa nak ubah... nak turun ke bawah pula. Nak rasa macam mana susah senang orang bawah.

Eloklah! Sebelum orang ubah kita, baik kta ubah diri sendiri dulu! Jom!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak bagi tau kat Tuan, Syed Mahadzir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru 2009 Peringkat Negeri Kedah sempena Hari Guru baru-baru ini.
Tahniah untuk Sdr Syed Mahadzir Syed Omar

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.