Pengikut

Jumaat, Jun 26, 2009

SELESMA BABI

Malulah aku jadi babi!


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim minta semua media massa, terutama TV dan Radio guna perkataan SELESMA BABI dan bukan H1N1.

Aku dah lama dengar depa dok sebut H1N1 tu. Memang aku rasa tak kena. Kalau guna Selesma Khinzir, lagi-lagi tak kena. Aku tabek kat Dr Rais dalam kes Selesma Babi ni.

Awat? Payah sangat ka nak sebut perkataan BABI? Aku perasaan nak sebut H1N1 tu lagi payah. Silap-silap gaya boleh terkacip gigi. Atau boleh tergeliat lidah.

Selesma babi sapa pun boleh terima sebagai sesuatu yang jijik. Babi sendiri pun suka jika disebut selesma babi.

Aku teringat masa kecik-kecik dulu. Ada sejenis kutu (bersize agak besar) dan orang kampung aku panggil kutu babi. Kalau boleh semua orang nak elak dari terpegang kutu babi. Walhalnya kutu ni tak haram pun jika disentuh. Macam tu jugak siput babi. Sebut pun dah naik meloya!

Kalau gila babi.... lagi orang takut. Sapa pun tak mau gila babi!

Selasa, Jun 23, 2009

Tak dak modal

Baru-baru ini aku jumpa seorang kawan lama yang juga seorang bloger. Mula-mula kami cuma bergebang di kaki lima kedai. Tak mau nak gebang panjang pasai masing-masing ada kerja. Dalam tak mau panjang tu pun, dah dekat 15 minit. Tak puas bergebang di kaki lima, aku ajak dia pi minum. Dia pun telefon kat bini kata tak boleh balik lagi pasai kerja tak habis. (Senangnya bagi alasan kat orang rumah - aku cuma kulum senyum. Pasai kerja macam tu kadang-kadang aku pun buat jugak!)
Kami pi naik kereta pi sebuah kedai mamak yang tak berapa ramai pelanggan. Lepas order, kami sambung bergebang. Macam-macam cerita keluar. Yang seronok tentulah cerita politik. Kawan aku ni pulak orang kuat politik. Tok sah bagitau la parti mana!
Habis teh tarik segelas dan roti canai kuah banjir pun licin, cerita kami tak habis lagi.
Sut sut, aku tertanya kawan aku ni pasai apa tak dak tulisan baru dalam blog dia? Dia pun angguk dan mengaku, dah 3 bulan tak menulis. Banyak pasai, katanya. Pertama sekali pasal malas atau tak dak mood. Rasa macam orang tak baca pun apa yang kita pulun tulis. Kedua katanya pasai tak modal. Tak dak idea.
Tang ni aku sanggah pandangan dia. "Pasai tak dak modal aku tak percaya. Hang ni pandai bercakap. Idea banyak. Orang jual ubat pun kalah dengan hang. Cuma hang segan. Lagi satu hang jangan dok peduli samada orang baca atau dak. Kerja hang tulis. Pasal hang banyak modal!"
Dia kernyih macam kerang busuk, sambil angguk-angguk kepala. Kalau tak dak modal tapi dok tebiang nak tulis juga, jadi macam satu cerita. Dia pun bercerita:-
Dalam kampung aku ada seorang nama Mat. Dia masih muda dan tak kawin lagi. Masih dok ngan mak pak. Semua orang kampung tau, Mat memang ni kaki pembohong. Kalau bercakap apa pun, payah orang nak percaya. Tapi ada juga orang yang suka dan seronok bila bergebang dengan Mat pasai dia banyak modal.
Petang tu kami dok bergebang empat lima orang bawah pokok tepi simpang. Kemudian Mat lalu dengan motor buruknya. Secara spontan, aku panggil Mat ajak singgah. Mat gawang tangan, kata tak boleh singgah pasai ada kerja.
Bila kami semua suruh mai jugak, Mat pun pusing motor, menyenget mai kat tempat kami bergebang.
"Hang kalut sangat nak pi mana?"
"Aku ada kerja."
"Kerja apa? Sat ni pun boleh buat."
"Kerja ni mustahak. Aku nak pi beli rempah-cabai. Pasai malam ni ayah aku nak buat kenduri."
"Aik, buat kenduri pun tak panggil kami ka?"
"Awat? Ayah ayah aku tak panggil ka? Kalau macam tu.... malam ni lepas magrib, aku minta sila hampa semua pi rumah aku. Jangan lupa na!"
Mat pun perderas motor. Resap ruyup. Kami semua sengap tak terkata. Sebelum balik, kami berpakat untuk sama-sama nak pi makan kenduri rumah Mat, lepas magrib .
Dipendekkan cerita, kami pun sampai depan rumah Mat. Nampak gelap aja. Dalam rumah pun sunyi. Tak ada tanda-tanda kenduri. Mau tak mau, aku bagi salam dan panggil Mat. Yang keluar bukan Mat tapi ayah Mat.
"Hampa cari apa?" tanya ayah Mat.
"Mat panggil kami mai makan kenduri. Tu yang kami mai!
"Iysh awat la hampa ni bangang sangat! Kat Mat tu pun hampa percaya?"
Aku tenguk muka kawan-kawan aku. Depa pun tenguk muka aku. Betul kata ayah Mat. Ini bukan salah Mat. Dalam hati aku menyesal, kalau tak panggil Mat petang tadi pun kami tak terkena naya.
Tak dan bagi salam, kami pun belah.

Ahad, Jun 21, 2009

Betulkah pantun ni?

Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi Raja;
Kalau dikenang masa dahulu,
Jatuh berlinang si air mata.

Dah lama aku tak dengar pantun ni. Tapi dulu seluloi aku dengar. Waktu tu aku masih kecik dan kanyaq lagi. Waktu hingus warna hijau pekat macam cendul, dok meleleh dari hidung turun ke bibir mulut. Waktu telinga masih dok meneneh nanah dihurung bari-bari. Waktu jari kaki dan jari tangan berjerengkek penuh kudis buta.

Mak selalu menyanyi bila tangguk ndoi, nak bagi adik aku tidur belah siang. Kalau belah malam tak payah tangguk ndoi, adik tidur sendiri pasai letih bermain. Suara mak aku bukanlah sedap sangat macam suara Saloma atau Normadiah atau macam Syarifah Aini atau macam suara Siti Nurhaliza. Tapi kalau mak menyanyi, membolehkan adik aku pejam mata. Kalau tak pejam jugak, mak akan gempar kata nak panggil orang gila atau keling janggut mai potong kepala. Dan dan adik tak berani meledin, lalu pejam mata rapat-rapat. Takut dan terus lena. Aku dulu pun perasan macam tu la jugak agaknya.

Walau pun suara tak sedap, tapi mak kena jugak menyanyi, sambil tangguk ndoi nak bagi adik lena. Banyak juga lagu yang mak ingat senikata dan boleh nyanyi. Salah satu lagu yang aku ingat adalah lagu yang menggunakan rangkap pantun di atas. Pantun tu aku boleh hafal sampai la ni.

Lama betul aku tak dengar pantun tu. Lagi pula tradisi berpantun dalam masyarakat kita makin pupus dan hampir tak ada. Cuma masyarakat Melayu di sebelah Perak, Melaka dan Johor masih berpantun sewaktu majlis kahwin. Kalau di Melaka, baba nyonya masih pandai berpantun. Tapi di tempat lain, orang Melayu sendiri dah tak reti nak berpantun. Ada jugalah sesekali kita dengar pantun oleh pak pak menteri dalam majlis-majlis tertentu. Atau ada pertandingan berbalas pantun antara sekolah. Atau pantun merapu dan pantun tak tentu arah oleh beberapa orang pak lawak yang tak dak modal nak bagi orang gelak dalam rancangan lawak jenaka di tv.

Bila aku renung jauh-jauh..... amati lama-lama...... fikir dalam-dalam....... aku rasa rangkap pantun di atas ada yang tak kena. Ada yang tak betul. Tak logik. Masa bila penyangak orang puteh bernama Kaptain Francis Light jadi Raja? (Jangan sekali-kali panggil bangsa ni dengan Mat Salleh. Jangan!!! Taubat buang! Mana boleh nama semulia "Muhammad Salleh" nak bagi kat penyangak? Jangan!! Pantang tok nenek!!!"

Yang betul ialah Kapten Light memajak Pulau Pinang dengan cara menipu. Surat Perjanjian yang asal/asli dengan Raja Kedah disorok dan diganti dengan Surat Perjanjian palsu. Lalu yang palsu ini diwarta dan disebarkan. Pajakan sebanyak Tiga Puluh Ribu setahun adalah dalam matawang Sepanyol bukan matawang British. Pajakan pula dipersetujui oleh Raja Kedah dengan syarat Inggeris mestilah membantu Kedah apabila diserang Siam. Tapi bila Kedah diserang Siam, Inggeris berpeluk tubuh.

Bapak mike, emak mike, datuk mike, nenek mike, semua penipu! Memang dasar penipu!

Maka orang pun percayalah dengan dakwaan Kapten Light kononnya Sultan Kedah memajak Pulau Pinang kepada Inggeris selagi ada matahari dan bulan.

Aku rasa pantun tersebut dikarang oleh orang-orang yang ingin membodek orang puteh. Sapa aku tak tau. Maka pantun di atas pun patutlah diubah menjadi:-

Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menipu Raja;
Kalau dikenang masa dahulu,
Jatuh berlinang si air mata.

Boleh jadi yang betul pantun ini tapi kemudian telah diubah oleh kaki bodek orang puteh? Perkataan menipu diubah kepada menjadi. Betul dak?

Ahad, Jun 21, 2009

Mai tenguk sat pantun ni

Bulan lepas sekali lagi aku berkesempatan ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat. Masuk yang ini, sudah 4 kali aku ke sana. Insya Allah, hujung bulan depan pun aku bercadang nak ke sana lagi. la. Aku bukan ada bisnes atau ada em em em di sana. Aku ke sana pasai harganya murah. Sekarang ada penerbangan murah ke sana. Aku tak ambik untung apa. Bayar harga tiket dengan pakej di sana lebih kurang RM750. Itu aja. Sapa nak ikut jom la!
Banyak tempat menarik, samada di Padang atau Bukit Tinggi. Bukit Tinggi bercuaca sejuk, manakala Kota Padang sedikit panas. Bukit Tinggi terkenal sebagai tempat berbelanja atau membeli-belah, terutama bagi kaum wanita. Banyak hasil kerja tangan yang baik dan bermutu seperti telekung dan busana Muslim. Kalau ke Kota Padang boleh tenguk lokasi yang terdapat dalam drama Siti Nurbaya (Datuk Merenggeih) yang ditayangkan di TV3 sekarang.

Ooooop cukup! Nanti orang kata aku nak promosi negara orang pula!

Apa yang aku hendak catatkan di sini ialah satu kesan ketika melawat ke Pantai Manis, lokasi yang dikaitkan dengan Malim Kundang. Pun sebelum ini aku sudah melawatnya. Tidak pada lagenda atau batu-batu sumpahan yang ada, tapi pada serangkap pantun taradisi yang diungkapkan oleh Pak John, Pemandu Pelancong yang menemani kami:-

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
budik yang baik dikenang jua.


Pantun di atas masih boleh diperbahaskan. Menurut pandangan Pak John (tentunya juga seluruh masyarakat Padang), pantun yang sebenarnya adalah begini:-

Pulau Pandan jauh ke tengah,
di balik Pulau Angsa Dua;
Hancur badan dikandung tanah,
budik yang baik dikenang jua.


Lojiknya pantun di bawah lebih asli, ujar Pak John. Asal pantun itu dari sini kerana di sini ada Pulau Pandan dan Pulau Angsa yang terletak tidak jauh dari Pantai Manis. Pulau Pandan tidak ada di sekitar Pulau Lingga (tempat Gunung Daik). Dakwaan Pak John begitu bersahaja dan dengan nada merendah tapi amat menyentuh fikiran dan mengesankan. Satu pandangan yang boleh diterima kerana lojiknya memang ada.
Pulau Angsa Dua
Menurut seorang kawan yang pernah ke Pulau Lingga memberitahu aku bahawa Gunung Daik sekarang tidak lagi bercabang tiga. Cabang yang ketiga katanya telah runtuh. (Kalau begitu ertinya memang dulunya Gunung Daik bercabang tiga).

Tapi pernah juga aku terbaca dalam beberapa tulisan mengatakan Gunung Daik masih bercabang tiga. Cabang yang ketiga jarang kelihatan oleh faktor cuaca. Wallahu aqlam pasai aku belum sampai ke Pulau Lingga. Insya Alllah jika ada kesempatan, aku akan ke sana jua.
Gunung Daik
Bagi aku, soal kecik macam tak payah nak diperbahaskan. Kesimpulan yang aku buat, dua-dua betul. Pembayang tidak begitu penting. Yang penting ialah mesej atau maksud yang terpancar dalam pantun tersebut.