Pengikut

Selasa, Jun 23, 2009

Tak dak modal

Baru-baru ini aku jumpa seorang kawan lama yang juga seorang bloger. Mula-mula kami cuma bergebang di kaki lima kedai. Tak mau nak gebang panjang pasai masing-masing ada kerja. Dalam tak mau panjang tu pun, dah dekat 15 minit. Tak puas bergebang di kaki lima, aku ajak dia pi minum. Dia pun telefon kat bini kata tak boleh balik lagi pasai kerja tak habis. (Senangnya bagi alasan kat orang rumah - aku cuma kulum senyum. Pasai kerja macam tu kadang-kadang aku pun buat jugak!)
Kami pi naik kereta pi sebuah kedai mamak yang tak berapa ramai pelanggan. Lepas order, kami sambung bergebang. Macam-macam cerita keluar. Yang seronok tentulah cerita politik. Kawan aku ni pulak orang kuat politik. Tok sah bagitau la parti mana!
Habis teh tarik segelas dan roti canai kuah banjir pun licin, cerita kami tak habis lagi.
Sut sut, aku tertanya kawan aku ni pasai apa tak dak tulisan baru dalam blog dia? Dia pun angguk dan mengaku, dah 3 bulan tak menulis. Banyak pasai, katanya. Pertama sekali pasal malas atau tak dak mood. Rasa macam orang tak baca pun apa yang kita pulun tulis. Kedua katanya pasai tak modal. Tak dak idea.
Tang ni aku sanggah pandangan dia. "Pasai tak dak modal aku tak percaya. Hang ni pandai bercakap. Idea banyak. Orang jual ubat pun kalah dengan hang. Cuma hang segan. Lagi satu hang jangan dok peduli samada orang baca atau dak. Kerja hang tulis. Pasal hang banyak modal!"
Dia kernyih macam kerang busuk, sambil angguk-angguk kepala. Kalau tak dak modal tapi dok tebiang nak tulis juga, jadi macam satu cerita. Dia pun bercerita:-
Dalam kampung aku ada seorang nama Mat. Dia masih muda dan tak kawin lagi. Masih dok ngan mak pak. Semua orang kampung tau, Mat memang ni kaki pembohong. Kalau bercakap apa pun, payah orang nak percaya. Tapi ada juga orang yang suka dan seronok bila bergebang dengan Mat pasai dia banyak modal.
Petang tu kami dok bergebang empat lima orang bawah pokok tepi simpang. Kemudian Mat lalu dengan motor buruknya. Secara spontan, aku panggil Mat ajak singgah. Mat gawang tangan, kata tak boleh singgah pasai ada kerja.
Bila kami semua suruh mai jugak, Mat pun pusing motor, menyenget mai kat tempat kami bergebang.
"Hang kalut sangat nak pi mana?"
"Aku ada kerja."
"Kerja apa? Sat ni pun boleh buat."
"Kerja ni mustahak. Aku nak pi beli rempah-cabai. Pasai malam ni ayah aku nak buat kenduri."
"Aik, buat kenduri pun tak panggil kami ka?"
"Awat? Ayah ayah aku tak panggil ka? Kalau macam tu.... malam ni lepas magrib, aku minta sila hampa semua pi rumah aku. Jangan lupa na!"
Mat pun perderas motor. Resap ruyup. Kami semua sengap tak terkata. Sebelum balik, kami berpakat untuk sama-sama nak pi makan kenduri rumah Mat, lepas magrib .
Dipendekkan cerita, kami pun sampai depan rumah Mat. Nampak gelap aja. Dalam rumah pun sunyi. Tak ada tanda-tanda kenduri. Mau tak mau, aku bagi salam dan panggil Mat. Yang keluar bukan Mat tapi ayah Mat.
"Hampa cari apa?" tanya ayah Mat.
"Mat panggil kami mai makan kenduri. Tu yang kami mai!
"Iysh awat la hampa ni bangang sangat! Kat Mat tu pun hampa percaya?"
Aku tenguk muka kawan-kawan aku. Depa pun tenguk muka aku. Betul kata ayah Mat. Ini bukan salah Mat. Dalam hati aku menyesal, kalau tak panggil Mat petang tadi pun kami tak terkena naya.
Tak dan bagi salam, kami pun belah.

3 ulasan:

LanaBulu berkata...

Memang cerita ni lawak..Tapi yang aku rasa nak tabik tu adalah si Mat tu mempunyai idea yg baik lagi tersusun untuk klentong orang...caya lah..hee

pakmantelo berkata...

Ramai lagi orang jenis Mat ni dalam masyarakat kita.

NORTHERN BLOGGERS LEAGUE berkata...

Blog tuan telah kami senaraikan dalam NOBLE. Terimakasih kpd blogger pelantaqhujah kerana memaklumkan keujudan blog ini. Selamat berblog!

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.