Pengikut

Jumaat, Jun 26, 2009

SELESMA BABI

Malulah aku jadi babi!


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim minta semua media massa, terutama TV dan Radio guna perkataan SELESMA BABI dan bukan H1N1.

Aku dah lama dengar depa dok sebut H1N1 tu. Memang aku rasa tak kena. Kalau guna Selesma Khinzir, lagi-lagi tak kena. Aku tabek kat Dr Rais dalam kes Selesma Babi ni.

Awat? Payah sangat ka nak sebut perkataan BABI? Aku perasaan nak sebut H1N1 tu lagi payah. Silap-silap gaya boleh terkacip gigi. Atau boleh tergeliat lidah.

Selesma babi sapa pun boleh terima sebagai sesuatu yang jijik. Babi sendiri pun suka jika disebut selesma babi.

Aku teringat masa kecik-kecik dulu. Ada sejenis kutu (bersize agak besar) dan orang kampung aku panggil kutu babi. Kalau boleh semua orang nak elak dari terpegang kutu babi. Walhalnya kutu ni tak haram pun jika disentuh. Macam tu jugak siput babi. Sebut pun dah naik meloya!

Kalau gila babi.... lagi orang takut. Sapa pun tak mau gila babi!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Itu lah payahnya kita bila media sudah dicontrol oleh majusi dan nasrani. Depa ni tak mau memperlihatkan keburukan akan benda yg depa selama ini dok bedal tak kira siang maupun malam. Dan juga nak mengelakkan dari orang2 kafir yg lain berfikir "kenapa Islam melarang umatnya sentuh dan apatah lagi memakannya".. Tahniah utk anak Pak Yatim dalam ketegasan perkara ini. Perlaksanaan nya ? Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Tak dan panas punggung. Tak dan ayam bertelor! Begitulah cepatnya cair pendirian Dr Rais Yatim mengenai istilah Selsema Babi. Semuanya ekoran Menteri Kesihatan yang tetap akan menggunakan istilah H1N1 ikut seperti yang dipersetujui.
Maka sekarang ini istilah selsema babi boleh digunakan bersama-sama atau seiring dengan istilah H1N1.
Apa boleh buat....

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.