Pengikut

Ahad, Jun 28, 2009

Ada bisa lagikah?

YAB Datuk Abdul Ghani Othman


Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.
"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.
"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.


Komen Pendek:-

Aku rasa pendirian yang cukup konsisten dari seorang tokoh atau pemimpin UMNO yang berwibawa. YAB Datuk Abdul Ghani Othman juga boleh dianggap sebagai seorang cendikiawan dan sering melibatkan diri, memberikan sokongan terhadap gerakan memperkasakan bahasa dan budaya Melayu. Ini terbukti dengan apa yang direalisasikannya di Negeri Johor sehingga membawa imej negeri Johor sebagai sebuah negeri yang kehidupan seni budayanya amat subur. Penubuhan Yayasan Warisan Johor (satu-satunya di Malaysia) telah memainkan peranan penting dan cukup. YWJ turut memartabatkan kesenian Melayu Johor seperti kuda kepang, ghazal dan zapin ke persada antarabangsa.

Pandangan Datuk sebagai seorang tokoh amat bererti dan ada bisanya!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam isu PPSMI ni, keputusan sudah di tangan juri. Kalau dalam pertandingan nyanyian, atau teater atau apa-apa jua pertandingan di pentas, keputusan pengadil sudah selesai. Keputusan berada di tangan DJ atau pengacara untuk mengumumkannya saja.

Bila?

Sapa yang kena?

Teng tenggggggg!

Unknown berkata...

Rakyat memang menanti-nanti terutamanya orang2 melayu yg cintakan bahasa ibunda..Kembali kepada penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran subjek berkenaan. Rasanya ..sekiranya Najib membuat pindaan yakni kembali kepada asal (BM) sedikit sebanyak menambahkan rasa hormat rakyat mehran kepadanya.

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.