Pengikut

Selasa, Jun 30, 2009

Pasai apa perempuan tak suka kahwin doktor gigi?

Kekurangan doktor gigi kritikal

PULAU PINANG 27 Jun - Seorang doktor untuk 8,000 penduduk.

Itulah nisbah seorang doktor gigi di negara ini dengan jumlah penduduk dan keadaan tersebut amat membimbangkan Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keadaan itu menyebabkan bebanan tugas doktor gigi semakin bertambah sehinggakan mereka tidak mendapat rehat yang cukup.

Justeru, katanya, kerajaan berusaha mengatasi kekurangan itu dengan menetapkan satu matlamat iaitu seorang doktor merawat 4,000 orang menjelang tahun 2017.

''Sehingga 31 Disember 2008, negara hanya mempunyai 3,410 doktor gigi dan 241 daripadanya adalah doktor pakar dengan nisbah doktor kepada penduduk 1:8,000 dan kira-kira 49.6 peratus daripadanya berkhidmat di sektor awam.

''Ini amat kurang dan berbeza dengan negara maju lain antaranya Norway, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dengan seorang doktor gigi merawat 2,000 pesakit," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pergigian Malaysia di sini hari ini. Lagi....

Komen:-

Nisbah 1 doktor gigi untuk 8,000 orang penduduk di Malaysia memang membimbangkan. Bukan saja Menteri bimbang, rakyat juga bimbang. Itu kenyataan Menteri Kesihatan.

Baru-baru ini aku terdengar satu rencana di radio, menyatakan nisbah sebenar ialah 1:12,000. Aku tak ingat daripada mana sumber itu dipetik. Kalau aku tak silap, dari salah seorang pemimpin NGO di Malaysia yang ada kaitan dengan kesihatan.

Kalau inilah nisbah sebenar, bukan lagi membimbangkan tapi menakutkan. Menurut sumber itu lagi, tahap kesedaran rakyat negara ini terhadap kesihatan gigi juga amat rendah. Ertinya ramai yang tidak kisah dan mendapatkan rawatan pergigian seperti yang sepatutnya.

Waktu berjumpa dengan Man Tuk Din, aku bagitau kat dia mengenai isu ini. Dia mengaku jarang jumpa doktor gigi. Anak bini dia pun serupa. Anak-anak pun jumpa doktor gigi pasai sekolah paksa. Dalam seumur hidup Man Tuk Din, baru sekali pi klinik gigi. Itu pun pasai sakit gigi sampai tak boleh nak tidur. Kata orang, sakit gigi cukup menyiksakan. Kalau ayam berketok pun macam nak pi hambat jauh-jauh.

Aku pun mengangguk dengan apa yang Man Tuk Din kata. Nasib baik aku tak pernah sakit gigi. Jadi aku tak tau rasa macamana sakitnya. Minta simpang malaikat 44!. Jadi kami sependapat, bersetuju yang kami memang tidak begitu bagi perhatian kat gigi. Orang lain pun perasan serupa jugak kot! Kalau macam tu, masalah kurang doktor gigi di Malaysia bukan sesuatu yang membimbangkan atau kritikal! Dalam erti kata lain, kalau tak tambah pun tak pa. Baik buat benda lain.

Man Tuk Din tanya aku pasai apa orang tak suka kat doktor gigi? Orang perempuan kalau boleh, tak mau menikah dengan doktor gigi. Aku tak reti jawab.

Man Tok Pin bagi tau, pasai doktor gigi ni sensitif sangat, asal goyang saja, terus cabut! Mulanya aku tak dapat tangkap. Bila faham, aku gelak besar. Man Tuk Din dah perkena aku!

1 ulasan:

Unknown berkata...

iye..iye,,je aku baca sampai habis..ingatkan pasai apa..rupa2nya tak tahan lama..keeehhh keeehh..nasib badan lah..Dr..oii apa nak buat..

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.