Pengikut

Ahad, Jun 21, 2009

Mai tenguk sat pantun ni

Bulan lepas sekali lagi aku berkesempatan ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat. Masuk yang ini, sudah 4 kali aku ke sana. Insya Allah, hujung bulan depan pun aku bercadang nak ke sana lagi. la. Aku bukan ada bisnes atau ada em em em di sana. Aku ke sana pasai harganya murah. Sekarang ada penerbangan murah ke sana. Aku tak ambik untung apa. Bayar harga tiket dengan pakej di sana lebih kurang RM750. Itu aja. Sapa nak ikut jom la!
Banyak tempat menarik, samada di Padang atau Bukit Tinggi. Bukit Tinggi bercuaca sejuk, manakala Kota Padang sedikit panas. Bukit Tinggi terkenal sebagai tempat berbelanja atau membeli-belah, terutama bagi kaum wanita. Banyak hasil kerja tangan yang baik dan bermutu seperti telekung dan busana Muslim. Kalau ke Kota Padang boleh tenguk lokasi yang terdapat dalam drama Siti Nurbaya (Datuk Merenggeih) yang ditayangkan di TV3 sekarang.

Ooooop cukup! Nanti orang kata aku nak promosi negara orang pula!

Apa yang aku hendak catatkan di sini ialah satu kesan ketika melawat ke Pantai Manis, lokasi yang dikaitkan dengan Malim Kundang. Pun sebelum ini aku sudah melawatnya. Tidak pada lagenda atau batu-batu sumpahan yang ada, tapi pada serangkap pantun taradisi yang diungkapkan oleh Pak John, Pemandu Pelancong yang menemani kami:-

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
budik yang baik dikenang jua.


Pantun di atas masih boleh diperbahaskan. Menurut pandangan Pak John (tentunya juga seluruh masyarakat Padang), pantun yang sebenarnya adalah begini:-

Pulau Pandan jauh ke tengah,
di balik Pulau Angsa Dua;
Hancur badan dikandung tanah,
budik yang baik dikenang jua.


Lojiknya pantun di bawah lebih asli, ujar Pak John. Asal pantun itu dari sini kerana di sini ada Pulau Pandan dan Pulau Angsa yang terletak tidak jauh dari Pantai Manis. Pulau Pandan tidak ada di sekitar Pulau Lingga (tempat Gunung Daik). Dakwaan Pak John begitu bersahaja dan dengan nada merendah tapi amat menyentuh fikiran dan mengesankan. Satu pandangan yang boleh diterima kerana lojiknya memang ada.
Pulau Angsa Dua
Menurut seorang kawan yang pernah ke Pulau Lingga memberitahu aku bahawa Gunung Daik sekarang tidak lagi bercabang tiga. Cabang yang ketiga katanya telah runtuh. (Kalau begitu ertinya memang dulunya Gunung Daik bercabang tiga).

Tapi pernah juga aku terbaca dalam beberapa tulisan mengatakan Gunung Daik masih bercabang tiga. Cabang yang ketiga jarang kelihatan oleh faktor cuaca. Wallahu aqlam pasai aku belum sampai ke Pulau Lingga. Insya Alllah jika ada kesempatan, aku akan ke sana jua.
Gunung Daik
Bagi aku, soal kecik macam tak payah nak diperbahaskan. Kesimpulan yang aku buat, dua-dua betul. Pembayang tidak begitu penting. Yang penting ialah mesej atau maksud yang terpancar dalam pantun tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.