Pengikut

Khamis, Julai 02, 2009

Masya Allah!

Wanita mengadu diraba OKU

KUALA TERENGGANU: Tangan kirinya cacat, matanya juling dan dia juga tempang tetapi kecacatan lelaki ini bukan satu penghalang untuk dia mencabul kehormatan seorang wanita yang bersimpati dengan keadaannya.

Dalam kejadian di sebuah kedai kain di Bukit Payong pada 5 petang Ahad lalu, lelaki berusia dalam 40an itu, didakwa meraba wanita berusia 23 tahun itu walaupun selepas wanita itu memberikannya derma, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan.

"Lelaki itu membawa kad bukti dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kecacatannya dan kerana bersimpati, wanita itu memberi derma RM5 dan sanggup pula duduk berhampirannya untuk bersembang," katanya di sini hari ini.

Dipetik dari sini!

Sekilas pandangan:-


Syukur kerana Allah SWT menjadikan manusia ini sebagai OKU. Hanya kecacatan yang boleh dianggap kecil. Cuma tangan kirinya cacat dan matanya juling. Dia juga tempang. Seandainya dia dilahirkan tidak cacat, mungkin bukan setakat itu saja nafsu buasnya bermaharalela. Entah berapa ramai wanita yang akan menjadi mangsa nafsu serakahnya.

Dia seharusnya turut bersyukur dan bermuhasabah diri. Tuhan masih sayang padanya dan Tuhan tidak mencacatkan seluruh anggota tubuhnya. Andaikan dia tidak berkaki, tidak bertangan? Atau kedua-dua biji matanya buta? Kerana sesungguhnya Allah SWT berkuasa melakukan begitu.

Ajak dan ajarkanlah manusia ini bertaubat. Nasihatkan dia untuk melepas nafsu kepada yang sah dan halal mengikut syariat. Cacat tidak pernah menghalang haknya untuk bertemu jodoh. Tolonglah dia!


3 ulasan:

Unknown berkata...

Nak buat lagu mana haa? kalau lagu ni? Nak hentam pun rasanya tak sampai hati pulak lah..tapi memandangkan sikap kurang ajar tu ..rasanya patut diberi kata dua secara direct agar dia sedar/tersedar!
Yang pompuan tu pun ..dok tebiang pi dok gebang lagi dgn dia tu buat apa? Mungkin masa tu dok tengah gelak2 mesra kot.?. So lain kali lepas beri (kalau nak beri lah) belah je jgn dok bergatai lagi. Belajar dari kesilapan kawan kita tu.

xan berkata...

orang 'cacat' tersebut mungkin cuma cacat anggota, cacat budi-bahasa tapi tidak cacat nafsu, tidak cacat kote, mungkin wanita tentang erti nafsu orang jantan. itu pun salah satu cacat jugak , cacat-pengetahuan.

xan berkata...

OKU = Orang Kurang Usaha ?

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.