Dengan pengumuman ini Sdr Anwar antara lain akan menerima wang tunai berjumlah RM60,000 serta berbagai kemudahan dan insentif untuk berkarya.
Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang kreatif dan prolifik. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) (1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).
Sasterawan Negara merupakan anugerah tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera berbahasa Melayu. Sebelum ini terdapat 9 orang sasterawan yang pernah menerima anugerah berkenaan. Mereka ialah Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A Samad Said, Arenawati, Muhammad Haji Salleh, Nordin Hassan, Abdullah Hussain dan S Othman Kelantan. Sdr Anwar Ridhwan adalah penerima Anugerah Sasterawan Negara yang ke-10.
Sdr Anwar yang saya kenal agak lama, merupakan seorang yang tidak banyak cakap tapi cukup mesra bila berkawan. Saya pernah mengikuti beberapa kursus penulisan di bawah bimbingannya dan agak kerap bertemu dengannya samada di DBP atau di beberapa acara sastera. Pertama kali bertemu semasa berkursus di Pulau Pinang sekitar tahun 80an dan program terakhir bersamanya tiga tahun lalu di Perkampungan Penulis Kedah di Alor Setar.Memang tepat Sdr Anwar dianugerahi Sasterawan Negara memandangkan mutu hasil karyanya yang membanggakan. Syabas dan tahniah untuk Sdr Anwar.
Cuma apa yang agak menarik dan perlu saya sebutkan di sini ialah dengan pengumuman Sdr Anwar Ridhwan sebagai Sasterawan Negara yang ke-10, maka hampalah beberapa pihak yang sebelum ini yang amat mengharap dan menjangkakan akan ada pengarang wanita yang akan dinobatkan untuk menerima anugerah sastera yang berprestij itu. Pastinya keciwa jugalah beberapa orang pengarang wanita yang sebelum ini ada memasang impian untuk menerimanya.
Agaknya saja, tahap atau pencapaian pengarang atau sasterawan wanita di Malaysia masih belum dapat menandingi kehebatan karya pengarang atau sasterawan lelaki. Bagaimana pun, panel juri yang bijaksana mempunyai hujah dan alasan yang seharusnya semua pihak akur.
3 ulasan:
Cucu Tok Derga..tolong inform ccz kalau nak ikuti mana-mana forum perbincangan dan kursus tentang sastera. CCZ pun minat jugak. Lagi satu, nanti-nanti tembok penguasaan lelaki akan pecahlah jugak. Cucu Tok Derga ada hasilkan no0vel tak..atau sebarang karya lain?
Syit.......!!!!
Rahsia adalah rahsia......
Tapi dari apa yang baca dalam setiap tulisam, komen dan coretan CCZ, teramat banyak kisah dalam diri dan lingkaran CCZ yang boleh dinovelkan.
Berkarya dulu. Nanti kalau sesuai, boleh saya rekomenkan untuk penerbitan.
Stop!:)-
ok..ccz try dulu k..nanti ccz bagi kat cucu tok derga..
Catat Ulasan
Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.