Pengikut

Isnin, Jun 15, 2009

Dah Lama Hujan Tak Turun

Aku tak berapa ingat, dah berapa lama bumi Kedah yang terkenal dengan Jelapang Padi, tidak ditimpa hujan. Tapi yang saheh, sepanjang dua minggu cuti sekolah baru-baru ini, sapa yang buat kenduri kahwin lega banyak. Dada rasa lapang dan boleh tarik nafas panjang-panjang pasai tak seriyau langsung kat hujan. Sebelum tu pun hujan dah lama tak turun.

Kalau dulu, aku dok pi sebelah Sedim/Kulim boleh kata seluloi hujan turun. Tapi aku pi minggu sudah, panas dari pagi sampai ke malam.

Nak kata keadaan ini berlaku gejala atau fenomena Al Nino, tak mungkin pasai bijak pandai sains kata Al Nino lambat lagi nak mai ke Malaysia. Atau sebelum Al Nino mai, dia hantar dulu anak buah dia entahlah. Tapi la ni di Kedah memang hangat.

Bila hujan tak dak, memanglah hangat. Mokalu hangat belah siang, perkara biasa. Ok juga, boleh tahan. Tapi mokalu belah malam pun hangat, tengah malam pun hangat, dok luar rumah pun hangat, dok kena berkirap sepanjang masa, ni dah luar biasa.

Dok dalam rumah hangat. Keluar dok luar rumah pun hangat. Nak tidur tak boleh mokalu tak buka kipas. Hak yang mampu boleh boh aircond ok la juga. Tidak pun masuk tidur dalam kereta, buka injin, buka aircond kereta. Kah kah kah!. Mokalu hangat sangat, rimas tak tentu kalu. Mokalu orang lelaki akan gulung kain pelikat sampai pangkal paha. Mokalu orang perempuan, pakai kain batik ketang kedada. Setengah tu bila dah tlena, kain sekeping pun tak lekat di badan. Tak sedar waktu mana terlondeh. Hangat punya pasai!

Tut tut petang kemarin, dok tak dok, hujan sapu. Lebat pulak tu. Seriyat sat dekat magrib. Lepas magrib sesah pulak sampai Isya. Nak pi kerja pagi tadi pun hujan. Tak sat pun hujan lagi. Lebat jugak. (Tempat aku la. Tang lain aku tak tau. Tapi kawan-kawan lain bagitau tempat depa pun hujan jugak.).

Hujan rahmat! Cup! Tak boleh kata hujan rahmat. Sebab apa jugak yang berlaku, adalah dari Allah. Kalau hujan pun rahmat. Tak hujan pun rahmat. Kemarau pun rahmat. Kita manusia ni jahil. Hanya Tuhan Maha Mengetahui akan sesuatu kejadian!

Bumi sedikit basah. Tanah tidak lagi merekah. Daun pokok kembali hijau. Padi, getah, sawit, sayur, dan semua tanaman serta rumput-ramai jadi segar. Orang buat bendang, orang kebun getah, orang kelapa sawit, orang kebun sayur, orang ada dusun, orang ada kolam ikan, orang meniaga,semua kena syukur sebab hujan turun. Pendeknya semua manusia kena bersyukur.

Alhamdulillah!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Memang pun tak hujan ..pada 4/5/6/7 jun lepas aku balik Kedah relax je ..tapi bila smpai rumah Ibu..walau pun tak hujan tak terasa panas bahkan kat belakang umah siap ada buaian antara pokok..fuuhh boleh tidoq dgn angin bendang..bawah pokok..memang best...Benda2 tu tak dk kat Shah Alam ni..

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.