Pengikut

Ahad, Jun 07, 2009

Masya Allah

Sekarang musim cuti sekolah. Dua minggu saja. Tapi dalam masa 14 hari, aku yakin hampir setiap hari ada kenduri kahwin. Paling kurang satu. Kalau hari-hari tertentu, lebih dari satu.
Tempat lain entahlah. Tapi di tempat aku, di kampung aku, itulah keadaannya.
Yang aku paling hairan dan pelik, dalam satu kampung kadang-kadang ada sampai dua kenduri. Pernah berlaku tetamu tersilap rumah kenduri. Selesai selerah makan lalu berjumpa dengan tuan rumah. Baru sedar tersalah rumah. Pernah terjadi depan mata aku sendiri. Satu keluarga datang dari jauh dan terus makan. Hadiah-hadiah semua telah diberikan. Bila nak pulang baru jumpa tuan rumah. Seorang darinya (perempuan) menangis yang amat sangat kerana begitu malu disebabkan salah rumah.
Kesalahan ini boleh dielakkan jika tetamu yang datang berjumpa dengan tuan rumah lebih dulu sebelum makan. Atau lihat dulu papan tanda, atau tanda-tanda yang diletakkan di jalan masuk atau di depan rumah kenduri. Itu bukan soalnya. Bagi aku, kenapa dalam soal kecik begini pun, kita tidak dapat bertolak-ansur? Susah sangatkah diubah pada hari yang berlainan? Kendurilah hari apa pun, fadhilat dan kelebihannya sama saja.
Kalau hendak dilihat dari sudut agama, kenduri kahwin hanyalah sunat, bertujuan untuk meraikan majlis ijab kabul. Yang penting atau afdhalnya ialah majlis ijab kabul atau akad nikah. Kalau ditiadakan kenduri pun ok. Atau kalau sekadar mengadakan jamuan ringan atau minum teh pun ok. Tapi apabila kenduri sudah menjadi adat, maka jadilah seperti apa yang terjadi sekarang. Bila adat, sifat berlawan pasti ada.
Lagi banyak khemah, lebih hebat. Lebih ramai jemputan, lebih baik. Tempat duduk rombongan pengantin serta hiasannya mesti hebat. Hidangan atau menu pengantin juga cukup-cukup istimewa. Tapi menu untuk tetamu biasa, biasa ajalah. Ikut yang ditempah dengan catering. Lagi murah, lagi baik.
Buah tangan untuk tetamu yang datang pun mesti hebat. Semua tetamu mesti diberi buah tangan walaupun ada tetamu yang terpaksa makan dengan kuah. Atau setengahnya pulang tanpa makan sebab kehabisan tempat duduk.
Masya Allah Wallahu aqlam bissowab!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.