Pengikut

Isnin, Jun 08, 2009

Persatuan Sejarah Negeri Kedah

Aku baru dapat tau bahawa Persatuan Sejarah Negeri Kedah baru saja balik dari mengadakan lawatan sambil belajar ke Jogjakarta, Indonesia. Masa pi dulu aku tak tau pun. Al maklumlah, aku ni bukan ahli Persatuan Sejarah. Namun aku tabik kat Dato' Wan Shamsudin Mohd Yusof yang mempimpin Persatuan Sejarah. Tak jemu-jemu Dato' dan rakan-rakan merancang aktiviti. Ada kawan-kawan bagitau, di Malaysia ini Persatuan Sejarah Kedahlah antara yang paling aktif. Selalu saja ada kegiatan.
Dengar kata lepas ni depa dok rancang nak buat lawatan ke Thailand pula. Rasanya baru tahun lalu mereka mengadakan lawatan ke Nakhorn Sri Thamarat (Legor). Dan sebelum itu pun sudah beberapa kali Persatuan Sejarah melawat Thailand. Aku masih ingat satu masa dulu, Persatuan Sejarah ini pernah mendedahkan perihal pusara Tunku Sulaiman (Al Marhum Raja Pattani) yang terbiar dan dilupakan di satu kawasan perkuburan dekat Songkhla. Persatuan Sejarah juga pernah menjalankan siasatan dan menemui pusara Tuan Syeikh Samad Al Palembangi di Boyang, dekat Chenak. Hasil lawatan mereka jugalah masyarakat Melayu menyedari masih ujud keluarga/waris Mahshuri yang menetap di Phuket. Persatuan ini jugalah yang menemukan beberapa pucuk meriam berasal dari Kedah dan 'bunga emas' yang kini tersimpan di sebuah 'watt' di Nakhorn Sri Thamarat. Mungkin banyak lagi penemuan yang tak dapat aku nak sebut di sini. Baik di dalam negeri atawa di luar negara. Semuanya merupakan hasil inisiatif/kajiselidik Persatuan Sejarah Negeri Kedah. Hormatnya aku pada mereka, segala usaha mereka adalah secara sukarela. Bukan mendapat apa-apa imbuhan, malah terpaksa mengorban masa dan wang ringgit sendiri. Satu lagi, bukan kerja mudah nak mengatur dan menguruskan lawatan atau rombongan yang melibatkan hampir ratusan peserta yang berbagai 'fe il' dan kerenah.
Bagi aku aktiviti begini kira OKlah. Melawatlah ke mana pun tak pa. Tak kisah samada dalam negeri atau luar negeri. Kan ada pepatah mengatakan, jauh berjalan banyak pengalaman. Apa lagi Persatuan Sejarah yang setiap kali lawatan mereka mengadakan kaji selidik.
Setengah orang tak berapa berkenan dengan kegiatan sebegini. Depa kata Persatuan Sejarah jadi macam Persatuan Rombongan "Cik Kiah". Mungkin ada orang lain yang 'meneneh' telinga bila dengar Persatuan Sejarah nak pi pula ke Thailand atau Benua Siam! Pantang sangat. Depa geram sungguh kat Siam. Tapi kat 'puying' (anak dara) Siam pun depa geram jugak. Nak cakap payah, tak cakap pun payah. Pasai depa ni dok nampak kot lain. Otak depa senget sikit. Kalau habaq pi Siam depa marah. Tapi mokalu kata pi Pattani tak pa. Masya Allah!
Alkisah, aku teringat ada ahli kepada sebuah persatuan penulis di Kedah pernah bangkitkan dalam Mesyuarat Agung, "yang syok sangat pi ke Siam tu pasai apa? Tak boleh pi tempat lain ka?". Jawab Pengerusi Mesyuarat, Siam pun pi, tempat lain pi jugak. Mokalu ke Siam pi sekali, tempat lain dah sepuluh kali tak kan salah? Nampak hak sekali, hak sepuluh kali pi tak nampak ka? Masya Allah!
Aku sokong aktiviti lawatan Persatuan Sejarah Dato' Wan atas banyak sebab. Hendaknya kita bukan setakat perlu mengeluarkan badan dari tempurung tetapi sesekali perlu "mengeluarkan" otak dari kepala kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.