Pengikut

Rabu, Jun 10, 2009

Aku dok kata dah!!!




















'Saya hanya ingat mati'
Daripada Ismail Matismailmat@bharian.com.my

ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak.

12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat IsyakNARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin. Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

Aku Dok Kata Dah!!!
Baru kemarin aku tulis dalam Blog ni pasai Persatuan Sejarah Kedah nak pi lagi buat lawatan ke Siam. Tiba-tiba malam tadi, seluruh dunia dikejutkan dengan berita 12 jemaah sedang bersembahyang di sebuah surau di Narathiwat ditembak mati dengan kejam.
Kita masih ingat lagi peristiwa hampir sama berlaku tidak lama dulu di Masjid Kerisik dekat Pattani. Kita juga tentu masih tidak lupa akan peristiwa berdarah paling dahsyat yang meragut puluhan orang Islam berlaku di Tak Bai. Dan banyak lagi kejadian-kejadian sedemikian samada yang dilaporkan atau tidak.
Dalam kejadian terbaru, senjata yang digunakan adalah jenis otomatik. Insiden berdarah tersebut berlaku selepas kejadian pembunuhan seorang Buddha di kawasan sama. Oleh kerana senjata yang digunakan adalah senjata otomatik, yang hanya digunakan oleh pasukan keselamatan maka pihak Kerajaan pun cepat-cepat menafikan penglibatan pasukan keselamatan. Dalam lawatan kerja sehari PM Thailand yang baru ke Malaysia, juga menunjukkan kesungguhan Kerajaan Thailand untuk menangani krisis di Selatan Thailand.
Pembunuhan terbaru di Narathiwat ini pastinya akan diandai sebagai menakutkan lagi pelancong untuk melawat Thailand. Begitu juga peristiwa demontrasi dan rusuhan di Bangkok dulu sehingga menyebabkan industri pelancongan Thailand jatuh merudum. Katanya begitulah!
Tapi seorang teman saya yang baru pagi tadi balik dari berkunjung ke Thailand, merungut dan bersungut mengenai kadar tukaran wang Malaysia/Thailand. Teman saya ini menjadikan Thailand rumah keduanya. Kalau seminggu tidak ke Thailand, rasanya sudah bertahun lamanya. Tak kisahlah! Kata teman saya ini, Malaysia agak aman jika dibandingkan dengan Thailand. Tapi nilai RM jatuh teruk bila ditukar kepada bath (Thailand).
Saya tanya lagi teman saya ini, "berani lagi ka pi sana?"
"Yang kecoh nu..... jauh di sana!" jawabnya selamba. "Yang celaru di Pattani, Narathiwat, Yala... Aku tak pi sana. Aku pi ke Siam!"
Apa pun marilah kita berdoa, semoga peristiwa pembunuhan yang berlaku semasa orang Islam sedang bersembahyang di Narathiwat tidak akan berlaku lagi kepada umat Islam walau di mana mereka berada. Amin! Kita juga tidak mahukan pengganut agama lain diperlakukan sedemikian rupa semasa mereka melakukan ibadat agama mereka.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dimana silapnya lalu terjadi peristiwa tragis ini.?. Siapa yg harus dipertanggung-jawabkan? Pun begitu yg mati tentunya mendapat Syahid. Alhamdulillah. Semoga ahli keluarga mereka bersabar dgn cubaan ini.

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.