Pengikut

Khamis, Jun 11, 2009

Teori Baru Kewujudan Kedah

Malam tadi, tengah dok ralit perkena teh tarik sorang-sorang kat kedai mamak pokok ceri, aku didatangi sekumpulan lelaki. Masya Allah ketiga-tiganya member aku dari Kuala Lumpur yang dah lama tak jumpa. Depa terus mai dok semeja dengan aku. Cerita pi cerita mai, taulah aku yang depa ni mai Alor Setar pasai ada "Wacana Dunia Melayu" anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan GAPENA. Patutlah petang tadi aku terjerembab dengan beberapa orang Professor kat Hotel Seri Malaysia. Jadi depa baru saja balik dari majlis perasmian oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak.

Dengar dari cerita depa, sakan jugalah acara tu yang dibuat di Dewan Jamuan Wisma Darul Aman yang baru. Silap tang mana tah, jemputan ramai sampai tak cukup meja. Peserta dari Perlis terus balik kerana tak dak tempat duduk. Depa kata, Pegawai Perpustakaan Awam dengan Pegawai Pejabat Kebudayaan pun sampai 5 meja penuh. Mokalu lagu tu, nampak cempera la jugak, kata aku. Tapi depa tak berapa faham kot.

Apa pun yang menarik bagi depa, ialah ucapan perasmian Menteri Besar kerana sekali-sekala Ustaz Azizan guna dialek Kedah agak pekat. Cara dia berucap tidak menjemukan dan diselangi jenaka. Aku bagitau kat depa, memang orang Kedah lagu tu, cakap sikit, keloloh yang banyak. Kali ni ketiga-tiga kawan aku kernyih pasai depa faham kot maksud aku.

Ustaz Azizan sentuh mengenai pendapat yang mengatakan orang Kedah memeluk Islam daripada pedagang India dan satu lagi pendapat mengatakan Islam di Kedah dibawa oleh orang Arab. Dia tak setuju bahawa orang Kedah menerima Islam dari pedagang India sebab gaya/lagu bacaan Qur'an orang Kedah tidak mengikut gaya/lagu orang India. Waktu ni kawan aku kata, semua orang gelak. Jadi Ustaz Azizan lebih setuju bahawa orang Kedah diislamkan oleh orang Arab sebab bacaannya mirip gaya/lagu Arab.

Satu lagi yang member-member aku ni tertarik ialah mengenai asal-usul Kedah. Ada yang mengatakan Kedah berasal dari bahasa Arab iaitu Qalaha. Sepanjang dia belajar bahasa Arab, Ustaz Azizan kata dia tak pernah pun jumpa perkata Qalaha dalam kamus. Yang ada ialah Qadah yang ertinya mangkuk.

Kemudian Ustaz Azizan lanjutkan lagi dengan cerita kunjungan Wakil Kerajaan Iran ke Kedah. Ustaz Azizan mengatakan telah 3 kali Wakil tersebut datang ke Kedah menemuinya. Rupa-rupanya Wakil berkenaan begitu tertarik dengan Kedah sebab suasana dan keadaan di Kedah sama dengan sebuah tempat bernama Qadah di Utara Iran. Di situ juga adalah kawasan penanaman padi. Di situ juga ada Nobat yang alat-alat dan bunyinya sama seperti nobat yang ada di Kedah. Lagi satu lojiknya Kedah berasal dari Iran (dulunya Parsi) kerana kata Ustaz Azizan salasilah Sultan Kedah mempunyai "Shah" macam di Iran. Ketiga-tiga kawan aku ni boleh terima teori Ustaz Azizan.

Aku sengap macam kera luku, hangguk dak geliang pun dak. Kita tunggu apa pandangan Dato' Haji Wan Shamsudin dan pakar-pakar sejarah yang ada. Patut ka Dato' Wan bawa Persatuan Sejarah Kedah buat lawatan dan kajian ke Iran. Kalau boleh, aku pun nak tumpang sekaki!

Boleh kot?


2 ulasan:

AloQStaQ berkata...

HEhehe ,

baguih bang don bawak cerita ni, saya yang tak berapa tau sejarah ni, la ni dah nampak sikit-sikit pasai susur galur negeri terchenta ni ... tapi, yang pasti, apa yang dimaklumkan oleh Haji Azizan tu, kenalah diperakukan dulu oleh kajian khusus para pengkaji sejarah, betui ka bagai di kata atau hanya teori sj.

Salam hormat buat bangdun, saya respeck bangdun sebab rajin blogging ... InsyaAllah ada masa nanti saya masuk lagik sini, best!

AloQStaQ

Nota: Saya dah add bangdun dalam bloglist saya ... saya letak dalam geng blogger politik ok la kot? ... :)

LanaBulu berkata...

Oppp..tentang lawatan tu jangan dok habaq kuat2 sangat..Jelous laaa kalau ada orang boleh pi jalan2 makan angin sambil menimba imu lagu tu..Heboh2 la mai kot ni sama noo..Tentang asal usul kedah ni aku pun tak tau..Biasalah dalam matapelajran sekolah rendah dan menengah rasa2 ny tak dak . Tak tau kot2 la ni depa dah ada..!!

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.