Pengikut

Sabtu, Jun 13, 2009

Wacana Dunia Melayu Untuk Sapa?

Petang kemarin aku dan pi jenguk hotel tempat penginapan peserta Wacana Dunia Melayu yang berlangsung di Alor Setar. Itu pun pasai ada kawan telefon nak jumpa. Malam kemarin pun dah jumpa dah. Dah kena teh tarik kat kedai mamak pokok ceri.

Sambil dok bergebang dengan kawan aku tu kat lobi hotel, aku nampak beberapa orang peserta luar dari Kedah. Kebanyakan dari Kuala Lumpur. Ada yang aku kenal sebab pernah tenguk gambar depa dalam suratkhabar atau dalam tv. Sebahagian lagi peserta luar negara seperti Indonesia, Selatan Thailand dan Brunei Darussalam.

Ikut kata kawan aku, peserta negeri lain (selain Kedah) tak dijemput. Cuma peserta luar negara dan peserta tuan rumah negeri Kedah. Tak ramai jemputan, kira-kira 50 orang tetamu luar saja. Lain tu peserta tuan rumah sendiri. Aku tanya kawan aku pasai apa tak panggil negeri lain. Kawan aku geleng kepala. Tak cukup peruntukan kot? Itu cuma agakan aku saja.

Tapi dalam aku dok tenguk sana perhati sini, seorang pun aku tak nampak peserta tuan rumah. Entahlah kot-kot aku tak kenal. Atau mungkin kerana Kedah jadi tuan rumah, depa ni tak menginap di hotel. Tidur di rumah lagi syok. Boleh kerekot dan tarik kain sentong, boleh litup dari kaki sampai kepala.

Dalam pada aku dok perhati tu,kawan aku tunjuk kepada sekumpulan sedang berjalan keluar menuju ke kereta di luar hotel. Kawan aku bagitau, itu group dari Jogjakarta. Depa tu dari Melayu Online. Kemudian kawan aku bagitau sedikit sebanyak tentang Melayu Online.

Sebenarnya
sebelum ini aku dah lama melayari Melayu Online dan kagum dengannya. Jika hendak mengetahui tamadun Melayu nusantara, Melayu Online adalah sumber terpenting yang tidak boleh dikesampingkan. Pasti tiadakan lengkap bagi pengkaji Budaya Melayu tanpa melayari Melayu Online. Inilah Dunia Melayu di alam maya.

Aku berbangga kerana mereka datang juga ke Kedah negeri aku. Aku sendiri sudah lama bercita-cita untuk ke Jogjakarta untuk melawat Pejabat
Melayu Online tapi belum menjadi kenyataan. Insya Allah satu hari nanti aku akan menjejak juga kaki ke Melayu Online, sebagai tanda sokongan atas usaha murni mereka.

Cuma aku ralat sebab tak sempat jumpa mereka semasa mereka ke Kedah. Jika tidak, boleh belanja makan laksa Telok Kecai. Nanti kalau aku pi Jogjakarta, depa pula belanja aku makan bersila di Malioboro.

1 ulasan:

ALAM berkata...

terima kasih Bang Dun,kerana telah mengunjungi laman blog saya, dan terima kasih kerana telah menyokong kami dalam memohon kerajaan membekalkan buku teks untuk kelas KAFA. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kerajaan dapat membekalkan buku teks tersebut.

Saya juga memohon agar abang dun bersama kita untuk mendesak kerajaan dalam hal ini.

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.