Pengikut

Rabu, Julai 08, 2009

Akhirnya..... PPSMI dimasuhkan!

AKHIRNYA..... setelah menunggu penuh debar, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pun dimasuhkan oleh Kerajaan. Demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia sebentar tadi.

Keputusan tersebut tidak saja melegakan pejuang-pejuang bahasa, penyokong, malahan seluruh rakyat Malaysia yang mahukan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dipertahan dan diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya.

PPSMI ialah isu yang melibatkan bahasa rasmi negara ini yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Menjadikan bahasa selain daripada Bahasa rasmi sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Kerajaan, tentulah bertentangan atau bercanggah dengan prinsip Perlembagaan yang ternyata memberi perlindungan kepadanya.

Apa lagi jika perlaksanaan sistem itu diteruskan, ia membawa kesan yang kurang baik terhadap tahap pembelajaran, terutama para pelajar di luarbandar. Sedangkan apa yang disasarkan oleh Kerajaan sebenarnya ialah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Untuk itu, satu mekanisme alternatif harus dicari, tanpa menjejas atau merencatkankan tahap penguasaan bahasa rasmi negara.

Sebenarnya perjuangan untuk memansuhkan PPSMI tidak begitu mudah, ianya terpaksa melalui jalan yang penuh ranjau dan berliku-liku. Amatlah tidak wajar bagi mana-mana pihak, menuntut bahawa keputusan Kerajaan ini sebagai suatu kemenangan mereka. Apa lagi kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan pllitik. Kita mengakui penentangan dan perjuangan mereka. Tetapi keputusan tersebut sebenarnya adalah kemenangan dan kejayaan kepada perjuangan memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara.

Bantahan setta desakan yang dibuat kepada Kerajaan melalui berbagai cara dan saluran, sikap atau dasar prihatin kepimpinan Kerajaan kini kepada kehendak dan tunturan rakyat, merupakan adunan yang membawa kepada keputusan pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Apa pun, syabas dan tahniah! Semoga langkah susulan harus dilaksanakan oleh semua pihak ke arah menjadikan Bahasa Melayu benar-benar dihormati dan diberi keutamaan dalam semua bidang, selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa rasmi Malaysia.



3 ulasan:

LanaBulu berkata...

Setelah A Samad Said dan angkatannya disembur dgn air coca-cola FRU...
Inilah jadinya bila pendidikan diuruskan oleh orang politik bukannya bijak pandai / pemikir bangsa.

CCZ berkata...

PPSMI akan dimansuhkan pada 2012. Itu keputusan Kerajaan.

Zaman timba mencari perigi
Telah bertukar dewasa ini
Si teruna diam membisu diri
Si gadis galak mencuri hati
Nasib PPSMI diketahui kini
2012 akan dihenti
Jangan dimarah jangan dicaci
Keputusan dibuat setelah dikaji

Akhirnya kasih bersatu jua
Setelah si gadis tak jemu mencuba
Gembira datang setelah derita
Kerna yakin teruna jodohnya
UMNO&BN juga otak geliga
Tangguh kerana membeli masa
Diamkan pembangkang perlu diusaha
Sehingga 2012 boleh la buat kerja

Untuk andartu, anbujda, anbutua dan janda
Teruskan usaha jangan putus asa
Hati jika dipaksa kan lembut jua
Bersama doa jangan dilupa
Kalau pembangkang masih menjaja
Itu bermakna mereka takleh percaya
Walaupun Tun pasti berduka
Mungkin ianya terbaik menyelamatkan bangsa

Seloka cinta teman beradu
Pengganti si dia yang dirindu
Buat yang sudah beranak cucu
Jangan tambah dua, tiga setialah pada yang satu
Mulanya aku juga tak setuju
Disebalik tersurat, tersirat beribu
Titik mula tawan sebelum PRU
Kembali tautkan politik dengan guru

Tidur malam termimpi-mimpi
Bangun tidur wajah berseri
Makin terasa seksanya diri
Bilakah cinta ini akan terpatri
Cuba kalian renung dan tafsiri
Isu ini amat galak di api-api
Biarkan reda, biarkan sepi
Ku pendam sebuah makna strategi

LanaBulu berkata...

Kenyataan Menteri Pelajaran dalam Perlimen bahawa pencapaian selama ini adalah sangat teruk ! Kenapa kita harus ditipu selama ini? Media selalu menggambarkan 'peningkatan' dalam subject tersebut bila keluar result? Kenapa harus menunggu sehingga 3 tahun? Kajian mmg telah dibuat, so nak teruskan untuk apa lagi?

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.