Pengikut

Selasa, Julai 07, 2009

Sapa nak tolong kami?

500,000 kakitangan awam berisiko guna kereta lama

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my


BANYAK penjual kereta terpakai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur mengeluh kerana kenderaan lama sukar dapat perlindungan insurans.

Kenderaan bawah RM10,000 tidak dilindungi insurans

KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan sebahagian besar daripada kira-kira 500,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua yang menggunakan kenderaan berharga kurang RM10,000 menghadapi risiko tanggungan jika terbabit kemalangan kerana tidak dilindungi insurans.

Presidennya, Omar Osman, berkata tindakan beberapa syarikat menolak permohonan memperbaharui perlindungan insurans kenderaan lama dianggap penganiayaan kepada kakitangan awam, terutama jika mereka terbabit dalam kemalangan ketika menggunakan kenderaan itu untuk berulang-alik ke tempat kerja.

"Kakitangan bawahan seperti pekerja rendah awam, pemandu, operator mesin dan pembantu am pejabat hanya mampu membeli kereta terpakai yang murah kerana tidak mampu membeli kereta baru. Lagi......

Komen:-

Kakitangan Kerajaan seramai 500,000 orang boleh juga menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila syarikat insuran tidak lagi melindungi kenderaan mereka yang bernilai kurang RM10,000/. Kenyataan tegas oleh Presidennya sekurang-kurangnya dapat melegakan hati kakitangan kerajaan yang terlibat. Itulah antara suara yang kedengaran, mempertikai keputusan syarikat-syarikat insuran.

Tapi siapakah yang hendak menyuarakan resah-gelisah dan ketidak upayaan penoreh getah, pekebun sayur, penanam padi, penangkap ikan dan jutaan ribu rakyat Malaysia yang menghadapi risiko sama? Mereka ini saya kira paling teruk terjejas kerana golongan inilah yang paling ramai menggunakan kenderaan bernilai kurang RM10,000/. Setakat ini sejumlah 4.8 juta kenderaan yang bernilai kurang RM10,000/ berada di jalanraya. Ertinya sejumlah 4.8 juta rakyat Malaysia akan terlibat dengan keputusan yang diambil oleh syarikat insuran tersebut.

Mungkin akan ada yang mengatakan, andai tiada kemampuan usahlah memiliki kenderaan. Soalnya sekarang, kenderaan seperti kereta dan juga motorsikal adalah keperluan utama kepada mereka untuk berkerja serta menguruskan hal-hal keluarga. Amatlah tidak patut jika golongan terpenting dalam pembangunan ekonomi negara ini dinafikan keperluan mereka.

Kita mengerti dan memahami, syarikat insuran berhak memberhentikan perlindungan ke atas kenderaan lama untuk mengelak kerugian mereka. Apa yang dituntut, apakah tiada alternatif lain yang boleh dicari bagi menggantikan polisi sedia ada bagi meringankan beban kedua-dua pihak, iaitu syarikat-syarikat insuran dan pemilik kenderaan?

Apapun keputusan, langkah terakhir berada di pihak Kerajaan sendiri. 4.8 juta orang ini barangkali sebahagian besarnya adalah pengundi berdaftar. Rakyat menuntut slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kementerian terbabit sepatutnya boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat.
Beri saja kata dua untuk atau arahan kpd syarikat insuran . Mesti depa ikut telunjuk punya.
undang2 control by govt. yg lain hanyalah mengikut saja.
Apa masalahnya?

xan berkata...

buka saja syarikat insurance baru, khas utk kenderaan dibawah RM $10,000 habis cerita.. kalau setakat nak print coverNote utk renew roadTax.. hahaha aku rasa itu boleh diuruskan.

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.