Pengikut

Isnin, Julai 06, 2009

Pembantu Rumah Indonesia


350 agensi pembantu rumah bakal rugi RM13j
Sebanyak 350 agensi pembantu rumah warga asing di bawah Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) bakal mengalami kerugian RM13 juta ekoran tindakan kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah rakyatnya ke negara ini.

Malaysia, Indonesia bincang isu pembantu rumah Isnin ini Malaysia, Indonesia bincang isu pembantu rumah Isnin ini. 02/07/2009 9:28pm. SEPANG 2 Julai — Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Buruh Indonesia Erman Suparno di Putrajaya Isnin ini bagi membincangkan perkara berkaitan pekerja Indonesia di negara ini.

Dimensi baru kerja amah Trend keluarga Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk mengurus kerja-kerja rumah. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa 'ada padi masak, adalah pipit' Dengan kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik negara.

Malaysia, Indonesia bincang isu pembantu rumah Isnin ini Malaysia, Indonesia bincang isu pembantu rumah Isnin ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Buruh Indonesia Erman Suparno di Putrajaya Isnin ini bagi membincangkan perkara berkaitan pekerja Indonesia di negara ini.

Majikan yang sudah bayar yuran dibenar bawa masuk amah Indonesia : Indonesia hari ini memberi jaminan mana-mana majikan yang sudah membayar yuran kepada agensi-agensi pembekal pembantu rumah di Malaysia dan Indonesia, akan dibenarkan membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia untuk bekerja dengan majikan berkenaan.

Komen:-


Di atas adalah petikan dari berita-berita berkaitan isu pembantu rumah yang masih belum reda dan masih menghantui sebahagian rakyat Malaysia yang memerlukan perkhidmatan pembantu rumah. Terakhir ialah keputusan pihak berkuasa Indonesia yang kekal untuk tidak lagi menghantar rakyatnya berkerja sebagai pembantu rumah di Malaysia, kecuali bagi majikan yang telah membayar yuran kepada agensi terlibat. Keputusan tersebut dinyatakan oleh Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Erman Suparno selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Sumber Tenaga Malaysia Datuk Dr S Subramaniam di Putra Jaya siang tadi.

Menteri yang berkaitan bagi kedua-dua buah negara telah dan sedang mengadakan rundingan bagi merungkai kemelut ini. Mesyuarat akan datang bagi Peringkat Jawatankuasa dijadual akan diadakan pada 15 Julai nanti.

Isu pembantu rumah yang berkerja di Malaysia menjadi agak sensitif dan panas di Indonesia. Mereka mendapat gambaran seolah-olah semua pembantu rumah Indonesia yang berkerja di Malaysia mendapat layanan buruk dan diperhambakan. Beberapa kes terpencil yang menunjukkan penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia telah dibesar-besarkan media mereka untuk meraih simpati di Indonesia.

Tanpa menafikan kes-kes terpencil ini, apakah ribuan lagi pembantu rumah Indonesia diperlakukan sedemikian rupa? Tidak adakah (dari sebegitu ramai) mereka yang kembali ke Indonesia setelah beberapa tahun mendapat 'rezeki' di Malaysia yang boleh melenyapkan cerita dari insiden kecil yang hanya diperbesarkan? Walaupun mereka ini tidak menjadi kaya raya dengan rezeki dari Malaysia, sekurang-kurangnya telah membantu merobah kehidupan mereka sekeluarga sebelum ini. Mereka ini boleh berperanan untuk menerangkan keadaan sebenar dengan tampil untuk meredakan keadaan di sana.

Tanpa prejudis atau bukan untuk mengeruhkan suasana, rakyat Malaysia yang pernah mendapat 'layanan' buruk dari pembantu rumah Indonesia lebih bertindak rasional. Tiada kes didedahkan oleh majikan di Malaysia kepada media atau dilapor kepada media, sedangkan perkara sebegini sebenarnya memang berlaku.

Dua rakan saya mempunyai pengalaman agak pahit apabila pembantu rumah yang sudah dianggap seperti keluarga, berhenti setelah habis kontrak. Selain diberikan layanan baik, diberikan hadiah barangan berharga bagi dibawa pulang, mereka menghantar pulang pembantu rumah tersebut dengan menaiki kapalterbang. Selang sehari, mereka mendapati barang-barang kemas milik isterinya telah lesap. Tapi seorang dari kawan saya itu agak bernasib baik kerana dari awal lagi beliau mengsyaki sesuatu yang tidak kena dengan 'beg' pembantu rumahnya, lalu beliau berjaya menemui semula barangan yang hendak dilarikan pembantu rumahnya itu.

Itu sekadar contoh dan belum diambil kira sejumlah 8,000 orang pembantu rumah Indonesia yang menghilangkan diri dari Majikan seperti yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak siang tadi.

Keputusan telah dibuat dan kedua-dua pihak berjanji isu tersebut hendaknya tidak memberi sebarang kesan kepada hubungan baik kedua-dua negara sahabat dan serumpun ini. Rakyat kedua-dua negara juga mendoakan begitu. Semoga kita semua berfikiran rasional, termasuk teman-teman kita di Indonesia!

3 ulasan:

Admin CCZ berkata...

betul tue..lagu kita serumpun hanya nyanyian di bibir rakyat Malaysia. kalau kita lihat dari segi industri hiburan juga, Malaysia lebih banyak beralah. tentang balik bawa lari barang kemas tu dah biasa dengar tapi yang orang tak cerita, jampi serapah dan ilmu guna-guna yang mereka bawa dari seberang sana..lagi kejam..

Pahit diakui, tapi itulah Melayu Nusantara namanya. Yang lebih banyak dengar khabar angin. Yang buruk diperbesar-besarkan, yang baik disenyapkan saja..Apapun tq sebab lawat blog hamba..

Cucu Tok Derga berkata...

CCZ! Thanks!
Memang banyak kes yang melibatkan salah laku pembantu rumah dari Indonesia ni. Kawan sepejabat cerita, maid dia lagi teruk. Betul bendul. Tak reti nak buat kerja. Disuruh goreng ikan, digorengnya sekor-sekor tanpa dibuang perut. Main basuh gitu aja.
Suruh basuh pakaian, dimasukkan nakpin anak dalam mesin bersekali dengan najis-najisnya.
Tapi kita serumpun. Ok la!

Unknown berkata...

Masalah boleh diatasi sekiranya keputusan dalam bentuk menang-menang. Itulah disebutkan kerana nila setitik habis susu sekawah.
1. Pihak terbabit sepatutnya kena melapurkan kepada pihak berkuasa dalam tempoh sebulan sekali (contohnya). mungkin dalam bentuk medical check-up dan sebagainya.
2. Sekiranya pembantu rumah lari maka pihak agensi kena bertanggung-jawab. Jadi masing2 akan berkerjasama dan tidak lepas tangan sahaja apabila pembantu sudah bekerja.
3. Memang patut seperti cadangan supaya gaji dibayar di-bank dan tidak cash yg boleh melibatkan mangsa terabai.
4. Cuti sehari seminggu pun memang patut diberikan kecuali keadaan terdesak yg boleh dibincangkan untuk bekerja seminggu. (Kes kecemasan sahaja)
5. Memang patut dihadkan pekerja muslim hanya dirumah muslim sahaja.
Mereka pun manusia sama seperti kita. yang membezakan cuma lah keadaan. Adalah zalim keterlaluan bila diperlihatkan gambar penyiksaan yg ngeri. Tak patut sangat majikan berbuat demikian. Seeloknya diberikan hukumam khisas agar mereka merasa sendiri bagaimana 'seronoknya' digayang musuh.

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.