Pengikut

Isnin, Julai 13, 2009

Aksi Pelajar Perempuan....


Oleh kerana berwajah cantik dan bijak dalam pelajaran, 2 orang pelajar perempuan yang masih menuntut di Tingkatan Satu dan dikatakan bersahabat baik, telah dihasut supaya bergaduh sesama sendiri.  Tentulah hasutan itu datangnya dari rakan mereka sendiri, iaitu pelajar-pelajar perempuan yang cemburu atau irihati akan kecantikan mereka. Tidak mungkin hasutan ini datang daripada pelajar lelaki.

Insiden pergaduhan ala 'kung fu' itu kemudiannya dirakam dengan menggunakan kamera telefon bimbit. Rakaman itu pun mungkin dilakukan oleh rakan pelajar itu sendiri.  Rakaman 30 tersebut mungkin mulanya untuk tontotan rakan-rakan pelajar sahaja. Tetapi disebabkan kecanggihan komunikasi masakini, ianya telah tersebar luas ke serata dunia dalam masa amat singkat.
Demikian berita yang dilaporkan dari Kuala Terengganu seperti yang tersiar di Akhbar Kosmo. Apabila membaca berita ini, saya lantas teringat episod di dalam beberapa buah sinetron (drama) Indonesia yang ditayangkan oleh beberapa buah stesyen Tv negara kita. Tidak usahlah yang menyenaraikan judul drama berkenaan.
Memang drama adalah sekadar hasil rekaan atau fiksyen. Walaupun rekaan dan disulami dengan kisah benar, drama masih bukan "cerita benar". Insiden pergaduhan yang melibatkan pelajar perempuan di Kuala Terengganu ini adalah benar-benar terjadi. Bukan lagi drama. Saya tidak pasti, apakah pelajar-pelajar tersebut mendapat idea selepas menonton drama di tv. Ataukah drama tv itu yang mengadaptasikan kisah-kisah yang berlaku di kalangan pelajar.
Persoalan iringan yang turut bermain di benak saya ialah aksi pergaduhan pelajar itu yang menunjukkan mereka berpakaian seragam sekolah Menengah. Ini tentunya saja menimbulkan berbagai anggapan tentang kemerosotan displin di pelajar. Keduanya,pergaduhan tersebut berlaku di surau. Sudah tentu kesucian surau yang sepatutnya digunakan untuk tujuan baik turut tercemar.  Dan ketiganya pergaduhan adalah berpunca atas rasa cemburu atau irihati. Juga sifat negatif yang tidak seharusnya dimiliki oleh insan di ambang remaja.

Apapun persoalannya,  pergaduhan ala 'ganas' di kalangan pelajar yang dulunya dilakukan oleh pelajar-pelajar lelaki,  kini telah menular kepada pelajar-pelajar perempuan. Kes di Terengganu ini bukanlah kes pertama yang melibatkan pergaduhan di kalangan pelajar perempuan. Dan pergaduhan itu dilakukan seperti adegan 'kung fu', dalam ertikata agak ganas.

Barangkali kita semua mungkin boleh menarik nafas lega sekiranya adegan 'kung fu' digunakan oleh pelajar perempuan untuk membelasah pelajar lelaki walaupun kita tidak suka ianya berlaku. Ataupun mungkin kita akan turut merasa bangga seandainya pelajar perempuan itu membelasah Mat Rempit atau sesiapa saja lelaki yang melakukan kekerasan jenayah ke atasnya.

Saya pernah menulis di Blog ini akan kehebatan aksi seorang gadis (bukan pelajar) membelasah seorang pemuda yang cuba mencuri begnya.  Ibubapa dan kita semua turut berbangga sekiranya mempunyai anak perempuan sebegini hebat dan berani. Kebolehan dan kehebatan seseorang akan menjadi sia-sia atau tidak berguna jika digunakan pada tempat atau keadaan yang tidak wajar. 

3 ulasan:

Admin CCZ berkata...

Nama pun budak-budak..Nanti bila mai dewasa, semua tu jadi bahan ketawa. Tetapi kena dijaga juga. Sekarang kahaq budak-budak perempuan mengalahkan budak lelaki..

Tanpa Nama berkata...

untuk selesaikan masalah dashboard dan new post anda lawati blog saya di :http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html.
masalah kecil sahaja. ikut langkah seperti dicadang dan ia amat mudah dan selamat dimasa depan

Unknown berkata...

Tiada pendidikan akhlak disekolah terutamanya 'tasauf'@ ilmu menjaga hati; menjadikan pelajar terikut-ikut gelombang ganas masa kini. Semakin kuat cabaran untuk golongan tua/dewasa dalam mendidik anak bangsa.

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.