Pengikut

Isnin, Julai 20, 2009

Kenapa Isu PPSMI masih didebatkan?

Isu PPSMI sepatutnya sudah tidak diperdebatkan lagi oleh mana-mana pihak, baik kepada yang menyokong pemansuhan atau kepada pihak yang mahu mengekalkannya. Beberapa akhbar dan stesyen TV, termasuk RTM masih ghairah mengadakan ruangan atau forum khusus untuk melanjutkan lagi perbincangan atas isu PPSMI. Saya tidak bermaksud untuk menyekat pendapat atau suara mereka yang arif atau tokoh mengenainya. Bagi saya, melanjutkan perdebatan atas isu yang telah diputuskan oleh Kerajaan akan lebih meresah atau mengelirukan rakyat dan tentu saja menyulitkan perlaksanaannya. Ia juga memberi gambaran seolah-olah isu berkenaan masih belum muktamad.

Pada minggu lepas tidak kurang dari 3 ruangan forum yang cukup hangat mengenai PPSMI disiarkan oleh stesyen TV, di samping beberapa buah artikel yang pro dan kontra tersiar di akhbar-akhbar. Baru sebentar tadi saya menonton siri Bual Bicara yang memfokuskan isu yang sama di TV1. Dan malam esok pula akan berlangsung satu lagi siri debat di TV9.

Kesempatan mengikuti beberapa ruangan forum di TV, menunjukkan bahawa perdebatan atau perbincangan yang dianjurkan adalah sekadar mengulangi hal-hal yang sebelum ini sebenarnya telah pun diperdebatkan oleh kedua-dua pihak, baik yang menyokong atau yang menentang. Alasan atau hujah yang dilontarkan adalah alasan-alasan yang sama yang diulang kembali.

Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan bukanlah secara tergesa-gesa, malah setelah mengambil kira dari berbagai aspek. Natijah dari keputusan tersebut amat jelas bahawa Kerajaan inginkan Bahasa Melayu kekal menjadi bahasa pengantar sesuai dengan statusnya sebagai Bahasa Resmi Negara dan dalam masa yang sama Kerajaan bersungguh-sungguh berusaha memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris.

Keputusan memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 adalah muktamad. Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin Yassin yang juga selaku Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan tetap dengan keputusan memansuhkan PPSMI pada tahu 2012. Berundur atau mengubah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan akan mendatangkan kesan politik yang lebih buruk.

Adalah lebih baik, ruang dan masa yang digunakan oleh media-media tertentu, digunakan ke arah mencari jalan atau membantu Kerajaan bagi mengukuh dan memantapkan lagi PPSMI agar anak bangsa tidak lagi menjadi mangsa.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Kerajaan khususnya Menteri yg terlibat sepatutnya lebih tegas mengotakan keputusan yg dibuat dan memantapkan usaha kearah perlaksanaan. Kalau boleh dipercepatkan lagi perlaksanaannya. Tambahkan masa untuk subject BI tu secara menggantikan dgn subject muzik yg ada sekarang ni.

Unknown berkata...

Pi mana lama dah tak up-date blog nih?
Diharapkan sihat wal fiat lagu biasalah tu ok..

Catat Ulasan

Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.