Tulisan saya kali ini adalah sebagai lanjutan dari tulisan sebelumnya, yang berkaitan dengan langkah Kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu, selaras dengan statusnya sebagai bahasa resmi negara. Klik di sini! Kita juga telah mengiktiraf bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang menjadi cukup penting.
Biarlah di awal ini saya perjelaskan bahawa saya bukanlah anti kepada Bahasa Inggeris, malah saya menyokong penuh segala usaha untuk mempelajari bukan sekadar Bahasa Inggeris, malah bahasa-bahasa lain. Pengalaman saya berkunjung ke beberapa buah negara misalnya ke Spanyol, Portugal, Perancis, Cina, negara-negara Arab dll. menyebabkan saya merasa terkilan atau rugi kerana tidak upaya menguasai bahasa negara berkenaan. Dalam erti kata lain, tidak cukup jika kita hanya menguasai Bahasa Inggeris kerana masih ada negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.
Tetapi sebagai seorang muslim, saya merasa rugi yang TERAMAT SANGAT kerana tidak dapat menguasai Bahasa Arab, sedangkan sejak kecil saya (mungkin juga orang lain) diasuh membaca Al Quran yang ditulis dalam Bahasa Arab. Saya sedar bahawa Bahasa Arab adalah bahasa agama Islam yang saya anuti. Bahasa inilah kelak yang akan menjadi bahasa pengantar di Yaumal Mahsyar! Entah apa sebabnya, saya langsung tidak berusaha untuk mempelajarinya walaupun ada kesempatan.
Ada kisah semasa saya di darjah 6 sekolah rendah dulu. Semua pelajar diberi pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana Sekolah Menengah. Ada seorang teman tidak memilih untuk ke Sekolah Menengah seperti kebanayakan pelajar. Teman yang ini memilih untuk menyambung pelajaran ke sekolah Agama (Arab). Satu kelas tergamam, macam tidak percaya. Ada teman nakal yang menyindir bahawa bersekolah Agama (Arab) untuk menjadi Haji atau Lebai Pondok.
Begitulah! Ada sebilangan dari kita yang menganggap Bahasa Arab tidak penting. Akan tetapi kita seakan lupa bahawa semua urusan ibadat, termasuk mempelajari dan mengamalkannya adalah dalam Bahasa Arab.
Kita bersembahyang sehari semalam paling kurang lima waktu, yang semua bacaan dan sebutannya adalah dalam Bahasa Arab. Kita juga disunatkan berdoa selepas sembahyang, juga afdhalnya dalam Bahasa Arab. Alangkah.... alangkah ruginya kita hanya membaca atau menyebutnya dengan betul tetapi maknanya tidak kita ketahui. Dan alangkah... alangkah bertuahnya jika saya juga menguasai Bahasa Arab.
Masa memang sudah terlambat, tetapi masih ada ruang untuk saya (dan kita) mempelajari Bahasa Al Quran!

2 ulasan:
Benar seperti apa yg diperkatakan. Masih belum terlambat untuk kita semua untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bahasa Syurga itu.
Orang putih telah menjajah kita dengan pemikiran kita hampir 4oo tahun sampai sekarang..Bahasa Arab dulu adalah bahasa sedunia sehinggakan para pelajar Barat perlu menguasai bahasa Arab sebagai perkakasan penting dalam membaca nota-nota dan buku-buku yang ditulis oleh cendiakawan, ilmuan Islam.Tapi kini dah terbalik..siapa yang tak faham bahasa Inggeris dicop ketinggalan zaman.
Benar apa yang ditulis oleh sdra..saya juga menyokong pendapat ini tetapi sejauh manakah ianya dapat didebatkan dan dibincangkan? Rasanya perlabelan untuk para pelajar Bahasa Arab sendiri telah menjauhkan minat orang ramai untuk mempelajari bahasa ini. Saya bekas pelajar bahasa Arab tetapi sampai tingkatan 2 sahaja. Agak menyesal kerana saya tidak faham bahasa ini. Setiap kali membaca Al-Quran, saya sentiasa membaca maknanya sekali. Sungguh indah..Sungguh damai.. Alangkah bagusnya jika bahasa Arab diajar setanding dengan Bahasa Inggeris..
Catat Ulasan
Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.