Kali ini agak malas nak fikir, lalu saya ingin menyentuh beberapa hal yang termuat dalam tulisan Saudara Zin Mahmud "Hilang kata, hilang bahasa" yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, 2 Ogos 2009 lalu. Pokok persoalan yang menjadi intipati tulisan beliau pernah saya sentuh dalam tulisan saya di blog ini. Untuk berlaku adil dan bertujuan memberikan manfaat kepada semua pembaca, saya siarkan sepenuhnya tulisan Sdr. Zin Mahmud.
Apabila menyebut Singapura, berapa ramai di kalangan kita yang menyebut Singapura, dan bukannya Singapore? Dalam perbualan hampir pasti orang menyebut Singapore dan bukannya Singapura ketika merujuk kepada pulau itu.
Apabila ditulis, ia menjadi Singapura. Tetapi apabila disebut, ia menjadi Singapore. Sedangkan perkataan Melayu bagi pulau itu adalah Singapura, dan bukannya Singapore. Asal namanya juga Singapura, hanya penjajah Inggeris yang mencipta perkataan Singapore.
Begitu juga dengan Pulau Pinang. Berapa ramai daripada kita yang menyebut Pulau Pinang untuk merujuk pulau itu. Selalunya perkataan yang digunakan ialah Penang. Sungguhpun begitu dalam tulisan, Singapura dan Pulau Pinang tetap digunakan menyebabkan nama-nama asal pulau itu kekal.
Tetapi banyak perkataan bahasa Melayu yang semakin pupus dan digantikan dengan perkataan Barat yang sudah dimelayukan. Tidak salah, tetapi bayangkan akhirnya perkataan-perkataan Melayu yang asal itu akan pupus, sekali gus keindahan kata-kata itu.
Adalah dapat diterima bahawa jika dalam bahasa Melayu tidak ada sesuatu istilah bagi merujuk sesuatu perkara, maka wajar mengambil perkataan Inggeris yang dimelayukan. Tetapi apa yang berlaku ialah perkataan Inggeris diambil sedangkan terdapat istilah Melayu yang bukan saja sudah mantap, tetapi juga indah.
Contoh menarik ialah nama tiga penyakit ini, iaitu barah, kencing manis dan angin ahmar. Istilah ini sudah mantap. Ia juga menunjukkan bahawa penyakit itu sudah lama diketahui oleh orang Melayu. Selain itu, namanya lebih serasi dengan pemahaman mengenai penyakit itu.
Tetapi kini ia telah digantikan dengan kanser, diabetes dan strok. Istilah kaku bagi lidah Melayu. Tamadun Melayu adalah panjang dan mempunyai keunggulannya tersendiri yang tercermin daripada perkataan-perkataan yang dimilikinya.

Apabila perkataan-perkataan Melayu ini sedikit demi sedikit ditinggalkan, maka ia menjadi pupus. Dan akhirnya bahasa Melayu berjati diri akan pupus, dan di atasnya lahirlah bahasa yang sudah jauh daripada asalnya. Orang Melayu pada masa depan tidak akan berasa kehebatan bahasanya kerana didapati perkataan-perkataan yang ada kebanyakannya merupakan saduran daripada Inggeris.
Sebagai contoh tentang ilmu kelautan. Orang Melayu jauh lebih lama berkecimpung dalam dunia kesamuderaan. Kapal-kapal orang Melayu sudah meredah Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, yang dikenali juga sebagai Lautan Teduh lama sebelum orang Inggeris pandai belayar.
Maka tidak hairanlah pulau Madagascar di Afrika itu didiami oleh bangsa rumpun Melayu, Malagasy yang meredah lautan lama pada zaman sebelum kedatangan agama Hindu lagi. Bukan saja kerana orang Melayu mendiami pulau-pulau Nusantara yang menyebabkan keadaan demikian, tetapi teknologi laut orang Melayu dulu sudah mencapai tahap yang membanggakan. Maka tidak hairanlah bahasa Melayu kaya dengan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan laut.
Nakhoda dan juragan adalah antara perkataan Melayu. Namun begitu, perkataan-perkataan ini semakin lama terpupus kerana orang Melayu sudah merosot dalam dunia kelautan. Maka tidak hairanlah kalau dahulu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelihatan dibanggakan, tetapi kini kenderaan-kenderaan mereka memaparkan perkataan Navy. Kenapa perlu digunakan perkataan Navy?
Orang juga sudah mula banyak menggunakan perkataan maritim, suatu istilah merujuk kepada laut. Sementara istilah seperti samudera sudah kian dilupakan.
Semangat untuk mempertahankan istilah-istilah tulen Melayu dicap sebagai language purist atau pejuang ketulenan bahasa. Ia mempunyai konotasi negatif dengan gambaran seolah-olah pendokong ketulenan bahasa ini menolak istilah-istilah baru yang diambil daripada bahasa Inggeris. Sedangkan semua termaklum bahawa sifat bahasa adalah berbentuk berkembang. Perkataan-perkataan diambil daripada pelbagai sumber bahasa. Jadi pendokong ketulenan bahasa ini dipandang serong seolah-olah bersifat mundur dan enggan berkembang.
Tetapi itu tidak benar. Pendokong ketulenan bahasa tidak bermaksud hendak menyekat kemajuan dan perkembangan bahasa. Perkataan-perkataan baru yang diambil daripada bahasa lain tidak boleh disekat kerana itu sudah menjadi sifat bahasa. Cumanya, ia harus dilakukan secara tertib, beradab dan memelihara jati diri bahasa sendiri. Jika tidak, jati diri bahasa akan hilang. Apabila pupus kata, pupus jugalah bahasa.
Ia juga mencerminkan mentaliti pengguna bahasa Melayu yang bukan saja sudah tidak bersemangat untuk menggunakan bahasa sendiri secara terhormat. Gejala jelas datangnya melalui bahasa rojak. Menggunakan perkataan Singapore dan bukannya Singapura merupakan amalan bahasa rojak. Bukan saja tidak indah tetapi akhirnya berasakan bahawa perkataan Singapura itu menjadi asing.
Dahulu sering didengar mengenai ramalan cuaca daripada Jabatan Kajicuaca. Sekarang istilah kajicuaca telah dipupuskan dan digantikan dengan meteorologi. Untuk apa? Sedangkan jelas perkataan kajicuaca menggambarkan bidang kajian mengenai cuaca, dan segala yang berkaitan dengannya. Sudahlah mahu menyebut meteorologi sukar dari segi bahasa Melayu, ia juga tidak menggambarkan bidang tersebut. Istilah meteorologi tidak salah untuk digunakan dalam merujuk pada bidang itu. Tetapi mengapa tidak boleh dikekalkan kajicuaca.
Begitu juga dengan kajihayat telah pupus digantikan dengan biologi. Kajidaya sudah digantikan dengan mekanik. Apa salahnya dikekalkan. Antara hujahnya ialah untuk menyeragamkan di peringkat antarabangsa. Tidak ada mana-mana bahasa yang memaksa bahasa lain untuk menyeragamkan istilah.

1 ulasan:
Mungkinkah kita terpaksa akur dengan segala perubahan yang berlaku selari dengan peredaran masa? Dahulu bahasa Melayu banyak menggunakan bahasa-bahasa Sanskrit iaitu dari negara India. Sekarang bahasa Melayu turut meminjamkan bahasa-bahasa inggeris.CCZ terfikir apakah gunanya bahasa siantifik jika ianya ditukar kepada bahasa Inggeris.
Catat Ulasan
Bersopan santun budaya kita!
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.